Bristlecone, sebuah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan, perolehan dan perundingan analisis, telah mengumumkan pelancaran platform berasaskan awan yang mampu mengubah senario perniagaan,
Bristlecone NEO (NEO). Keluaran pertama NEO menggabungkan dua tawaran perkhidmatan – Analisis Perbelanjaan dan Analisis Rantaian Bekalan Kewangan - yang boleh didapati secara model langganan.
Analisis Perbelanjaan sebagai satu Perkhidmatan menawarkan kepada pelanggan dengan satu tawaran nilai yang menangani beberapa kes penggunaan untuk menguruskan pangkalan bekalan mereka dengan lancar. Kes penggunaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, analisis perbelanjaan, pembahagian pembekal, dan pengurusan risiko pembekal.
Penyelesaian ini menyediakan daya penglihatan untuk membantu pelanggan menilai kos rantaian bekalan berbanding dengan model perkhidmatan.
Analisis Rantaian Bekalan Kewangan sebagai satu Perkhidmatan menawarkan kepada pelanggan dengan tawaran nilai yang membantu mereka dengan mudah mewujudkan papan pemuka analisis berasaskan peranan bagi rantaian bekalan KPI. Ini memberi maklumat deskriptif dan diagnostik ke dalam rantaian bekalan mereka.
Penyelesaian itu membolehkan sesebuah organisasi untuk mempunyai analisis rantaian bekalan secara tepat masa di hujung jari melalui aplikasi mudah alih dan dapat membantu membuat keputusan bagi kedua-dua sudut strategik dan operasi.
Bristlecone NEO menawarkan keupayaan analisis dan aplikasi plug dan main yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk mengintegrasikan data tepat masa ke dalam proses perniagaan rutin mereka.
a mempunyai platform pembersihan data yang teguh, yang menormalkan dan memperkayakan yang membantu pelanggan menggambarkan data dan menemui wawasan utama untuk membuat keputusan dengan cepat.
NEO datang secara pra kumpulan dengan alat penyesuai yang membantu mengintegrasikan data daripada sistem perusahaan dan memberi maklumat yang disatukan bersama-sama dengan algoritma yang memastikan kualiti data.
Irfan A. Khan, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Bristlecone berkata, "Kami amat gembira untuk memperkenalkan NEO kepada pelanggan kami. Ini adalah satu pengumuman penting bagi pelanggan kami dan ia membawa pengalaman domain rantaian bekalan kami selama dua dekad, pengetahuan proses industri dan keupayaan khidmat nasihat ke tahap seterusnya.
"Kami memprodukkan pengetahuan ini dan sekali gus mempercepatkan penempatannya dan realisasi nilai bagi pelanggan kami. Kami telah menambah KPI berasaskan SCOR dengan pengalaman 1500 perunding rantaian bekalan kami untuk mengendalikan piawaian berasaskan peranan dan metrik.
"Digabungkan dengan data tanda aras luaran dan data kami sendiri, saya yakin pelanggan kami boleh mendapatkan nilai tinggi dengan cepat untuk memulakan mengukur diri mereka secara objektif ketika mereka mempercepatkan ke arah menjadi yang terbaik di kalangan syarikat rantaian bekalan kelas."
Bristlecone NEO meningkatkan keupayaan rantaian bekalan yang disambungkan secara digital dengan keupayaan mudah alih yang dibina-dalam. Aplikasi yang disertakan bersama dengan NEO boleh digunakan pada platform mudah alih terbaharu yang terdapat pada hari ini.
Platform itu akan membolehkan nilai perniagaan meningkat dengan pengaliran data di dalam dan dari luar perusahaan melalui satu spektrum analisis utiliti, yang membolehkan pelanggan untuk bersambung dengan data mereka dalam masa beberapa hari.
Khan berkata, "Ini adalah satu pelancaran yang penting bagi Bristlecone kerana ia bukan sahaja menyampaikan dua penyelesaian analisis yang utama sebagai sebahagian daripada suite untuk pelanggan kami, tetapi juga merupakan satu platform standard industri yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan dan menambahkan penyelesaian tambahan memandangkan kami menghasilkannya secara sempurna.
"Kami mempunyai pelan tindakan yang sangat menarik untuk pengeluaran dengan fungsi baharu dan sudah menerima maklumat balas yang kukuh daripada pelanggan bagi generasi fungsi dan modul yang akan datang. Ini adalah satu model penghantaran yang dapat mengubah senario industri dengan menggerakkan kepakaran dan pengalaman kami bagi pelanggan kami."
Maklumat mengenai Bristlecone:
Bristlecone adalah sebuah pemimpin yang memberi khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai cara untuk memaksimumkan nilai strategik bagi rantaian bekalan mereka dan bagaimana untuk membantu mereka merealisasikan nilai dengan pantas melalui penggunaan teknologi secara berkesan.
Diiktiraf oleh Gartner sebagai antara Penyatu Sistem Pengurusan Rantaian Bekalan yang terkemuka, Bristlecone telah membolehkan nilai strategik, tambahan bagi lebih 300 pelanggan merentasi ke seluruh industri menegak yang pelbagai. Dengan tumpuan utama terhadap menangani cabaran perolehan dan rantaian bekalan, ia membantu pelanggan mendiagnosis, mereka bentuk, memboleh dan meningkatkan operasi mereka dengan menghimpunkan pengalaman ke dalam penyelesaian prakonfigurasi, mempercepatkan pergerakan dan meningkatkan pek bagi teknologi rantaian bekalan terkemuka.
Dengan beribu pejabat di Lembah Silikon di California, Bristlecone juga mempunyai pejabat di seluruh Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Switzerland, Singapura, Malaysia dan India. Untuk mengetahui lebih lanjut sila layari: www.bcone.com
Bernama
Fri Dec 04 2015
IRFAN KHAN: Ia juga merupakan satu platform standard industri yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan dan menambahkan penyelesaian tambahan memandangkan kami menghasilkannya secara sempurna. - Sumber gambar YouTube
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bristlecone lancar Neo - platform berasaskan awan untuk bekal analisis rantaian perniagaan
Bristlecone, sebuah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan, perolehan dan perundingan analisis, telah mengumumkan pelancaran platform berasaskan awan yang mampu mengubah senario perniagaan.