awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSN sasar 17 % peningkatan pinjaman keseluruhan tahun ini

Bernama
Bernama
03/04/2013
11:25 MYT
BSN sasar 17 % peningkatan pinjaman keseluruhan tahun ini
Bank Simpanan Nasional (BSN) menyasarkan pertumbuhan pinjaman keseluruhan sebanyak 17 peratus pada 2013, sedikit lebih rendah daripada tahun lepas, kata Timbalan Ketua Eksekutif (Perbankan Runcit) Winston E. Jeyaprakash.
"Kami meramalkan cabaran dalam pasaran. Terdapat juga panduan pinjaman Bank negara yang harus kita patuhi. Oleh sebab itulah kami menyasarkan pertumbuhan pinjaman yang lebih rendah iaitu 17 peratus," tambah beliau.
Beliau berkata jumlah pinjaman tahun lepas tumbuh 21 peratus kepada RM2 bilion.
"Pinjaman peribadi menyumbang RM1.3 bilion, cagaran RM650 juta dan kewangan makro kira-kira RM100 juta," kata Winston kepada Bernama.
BSN setakat ini adalah pemberi pinjaman kewangan mikro terbesar di negara ini dengan lebih lapan juta pelanggan di seluruh negara.
Sementara itu, Winston berkata kempen terbaharu BSN untuk mempromosikan produknya adalah amat berjaya.
Kempen sepanjang enam bulan yang membabitkan Kempen Kemas Kini Pelanggan Melalui ATM, Capai Impian Berganda dan Stash your Cash itu berakhir pada 31 Januari dengan seramai satu juta pelanggan mengambil bahagian.
Untuk kempen Stash your Cash sahaja, BSN mencapai deposit antara RM750 juta dan RM800 juta, melepasi sasaran RM400 juta.
Majlis penyampaian hadiah untuk kempen-kempen itu melihat pelanggan terpilih menerima hadiah wang tunai dan produk seperti telefon mudah alih berdasarkan penyertaan mereka.
Acara itu dirasmikan oleh pengerusi BSN yang baru dilantik, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Topic Berkaitan
#Bank Simpanan Nasional
#BSN
#pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan