KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Isnin dipengaruhi oleh prestasi yang sama di Wall Street pada Jumaat minggu lepas berikutan sentimen berbeza-beza apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar dana persekutuan tidak berubah pada 5.25-5.50 peratus bagi mesyuarat kelima berturut-turut.

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.61 mata kepada 1,538.78 daripada paras penutup 1,542.39 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.16 mata kepada 1,540.23.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 233 berbanding 192, manakala 333 kaunter tidak berubah, 1,577 tidak diniagakan dan 37 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 303.92 juta unit bernilai RM119.48 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup bercampur-campur pada Jumaat lepas disebabkan sentimen negatif selepas Fed mengekalkan kadar dana persekutuan tidak berubah.

"Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) turun 305 mata, tetapi Nasdaq naik 27 mata dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan AS susut kepada 4.202 peratus.

"Berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kami percaya dagangan di bursa tempatan akan kekal dalam jajaran ketat antara 1,535 dan 1,545 hari ini," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 2.0 sen kepada RM9.57 dan Tenaga Nasional turun 8.0 sen kepada RM11.48, manakala CIMB Group dan Petronas Chemical menambah 3.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM6.58 dan RM6.82, dan Public Bank tidak berubah pada RM4.24.

Dalam kalangan kaunter cergas, Velestro Energy, Prolintas Infra dan Advance Information menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 30 sen, 96.5 sen dan 9.5 sen, Kinergy Advancement naik setengah sen kepada 36.5 sen manakala Pelikan International susut 4.0 sen kepada 2.25 sen

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 10.36 mata kepada 11,544.74, Indeks FBMT 100 turun 14.73 mata kepada 11,189.45 manakala Indeks FBM Emas Shariah menyusut sebanyak 19.14 mata kepada 11,632.84.

Indeks FBM 70 melonjak 26.55 mata kepada 15,997.25 dan Indeks FBM ACE meningkat 9.21 mata kepada 4,865.55.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 178.83, Indeks Tenaga naik 3.77 mata kepada 938.11 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 11.63 mata kepada 17,200.51 manakala Indeks Perladangan susut 24.3312 mata kepada 24.3312.

-- BERNAMA