awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji

Bernama
Bernama
15/12/2024
06:30 MYT
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Hajiji mengingatkan semua ahli partinya untuk terus merapatkan barisan perpaduan dan fokus bekerja bagi persiapan menghadapi PRN akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan antara parti terutamanya parti yang menerajui kerajaan Sabah, sekali gus meneruskan usaha membela rakyat yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Ketua Menteri Sabah itu berkata beliau juga telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengenai kedudukan dan peluang GRS pada PRN Sabah akan datang.
"Yang lain itu (parti lain) kita tengok, kalau fikiran mereka bagus kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi Ketua Menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan. Itu sebab tubuhkan GRS disertai lapan komponen parti, walaupun di dalamnya terdapat parti yang kecil, tidak menang dalam PRN lepas, tetapi niat saya baik untuk kita satu hati.
"Cukuplah dengan pelajaran kita di masa-masa yang lalu. Misi saya sekarang mahu baik dengan orang, kita kumpulkan presiden-presiden parti yang ada dan bukan senang mengurus ini, memang penat tetapi insya-Allah mereka juga sudah menyatakan komitmen dengan GRS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Sementara itu, Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat mengingatkan semua ahli partinya untuk terus merapatkan barisan perpaduan dan fokus bekerja bagi persiapan menghadapi PRN akan datang.
"Bulan Oktober (tahun depan) adalah bulan berakhirnya tempoh kerajaan ini. Ini bermakna kita boleh bubar Dewan Undangan Negeri sebelum itu ataupun pada waktu itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Hajiji Noor
#PRN Sabah
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan