KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur mengambil petunjuk daripada sesi dagangan semalaman yang tidak menentu di Wall Street di tengah-tengah peningkatan hasil Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.49 mata kepada 1,444.0 daripada penutupan hari Rabu pada 1,442.51.

Indeks utama penanda aras dibuka 0.52 mata lebih tinggi pada 1,443.03.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 154 berbalas 84, manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 17 digantung.

Jumlah dagangan 159.91 juta unit bernilai RM55.98 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menyatakan bahawa Purata Perindustrian Dow Jones merosot 105 mata (-0.32 peratus) manakala Nasdaq susut 319 mata (-2.43 peratus) apabila hasil 10 tahun AS melantun semula kepada 4.961 peratus.

"Kami percaya sentimen di bursa tempatan akan kekal berhati-hati terutama ketika kita bergerak ke arah persekitaran tidak menentu khususnya dari AS," katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau menjangkakan indeks akan berlegar dalam julat 1,440 hingga 1,450 hari ini.

"Penurunan semalam dalam kalangan pemain pembinaan mungkin memberikan beberapa untuk kegiatan pembelian hari ini," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing tidak berubah pada RM9.00 dan RM7.25, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.19, CIMB menambah satu sen kepada RM5.70, manakala Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM9.86.

Bagi saham aktif, CSH Alliance, KNM dan Leform kesemuanya peroleh setengah sen untuk mencatatkan paras 6.5 sen, 10.5 sen dan 24.5 sen, Meta Bright meraih satu sen kepada 26.5 sen manakala Tanco tidak berubah pada 57.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.87 mata kepada 10,642.19, Indeks FBMT 100 mengukuh 4.45 mata menjadi 10,318.41 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 7.10 mata kepada 10,856.38.

Indeks FBM 70 menguncup 21.0 mata kepada 13,997.46 dan Indeks FBM ACE susut 7.89 mata kepada 5,059.59.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.03 mata pada 172.35, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.22 mata kepada 16,262.40.

Indeks Tenaga mengukuh 0.75 mata kepada 872.78 dan Indeks Perladangan menambah 3.64 mata kepada 6,886.22.

-- BERNAMA