KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih positif apabila mencatat peningkatan, seiring prestasi semalaman Wall Street ketika sentimen terus pulih susulan ulasan bank pusat Amerika Syarikat (AS) mengenai penurun kadar faedahnya.
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam.
Indeks petunjuk utama itu dibuka menokok 0.19 mata kepada 1,531.70.
Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 184 berbanding 137 manakala 256 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 29 digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 196.73 juta unit bernilai RM90.34 juta.
Dalam pada itu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell menerusi keterangannya di Kongres selama dua hari bermula semalam, dilaporkan berkata bahawa kadar faedah akan dikurangkan tahun ini walaupun kos pinjaman kekal tinggi di masa depan.
Susulan itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat bahawa bursa tempatan akan mengalami peningkatan, didorong oleh petunjuk berdasarkan prestasi lebih baik di AS.
"Justeru, kami menjangkakan indeks akan bergerak dalam julat 1,530-1,540.
"Selain itu, harga minyak sawit mentah diniagakan melebihi paras RM4,000 satu tan yang mungkin menjadi tarikan minat berterusan terhadap sektor perladangan," katanya kepada Bernama.
Perkembangan itu berlaku ketika Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia dijadual membuat pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) lewat petang ini.
Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik dua sen kepada RM9.66; CIMB untung tiga sen kepada RM6.54; Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok empat sen kepada RM4.34 dan RM7.0 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM11.16.
Bagi saham aktif, MMAG Holdings meraih 1.5 sen kepada 12 sen; Velesto Energy naik setengah sen kepada 27.5 sen; Thriven Global meningkat 2.5 sen kepada 13 sen; TWL Holdings tidak berubah pada 3.5 sen dan Land and General sebaliknya susut setengah sen kepada 12 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas mengukuh 31.72 mata pada 11,392.45; Indeks FBMT 100 naik 32.73 mata kepada 11,059.18; Indeks FBM Emas Shariah meraih 22.32 mata kepada 11,388.24 dan Indeks FBM 70 menokok 23.89 mata kepada 15,335.49 dan Indeks FBM ACE Index turun 3.78 mata kepada 4,677.66.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 60.01 mata kepada 17,291.83; Indeks Perladangan menambah 26.31 mata kepada 7,246.35, Indeks Tenaga naik 1.75 mata kepada 897.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.20 mata kepada 174.61.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.27 mata kepada 1,536.78 daripada paras 1,531.51 pada akhir dagangan semalam. -Gambar fail/Bernama
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.