awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir

Amirul Aiman
Amirul Aiman
13/12/2024
04:00 MYT
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
Petugas TNB mengendalikan janakuasa bergerak di kawasan banjir, memastikan bekalan elektrik diteruskan walaupun dalam keadaan kecemasan. - Foto TNB
KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menerajui inovasi dengan memperkenalkan Sistem Analisa Banjir dan Penilaian Risiko (FARA), yang sentiasa dikemas kini untuk mengurus risiko banjir secara efektif.
Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Ir. Mahathir Nor Ismail, sistem FARA memetakan aset TNB yang berpotensi terlibat di kawasan banjir bagi membolehkan tindakan proaktif dilaksanakan sebelum keadaan menjadi lebih buruk.
“Sistem ini dibangunkan dengan data daripada agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), serta Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
“Data tersebut digunakan untuk mengambil langkah susulan seperti rondaan di kawasan pepasangan yang berpotensi terkesan,” katanya dalam program Awani Pagi pada Khamis.
Tambah beliau, FARA turut memperkukuh keupayaan TNB dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan kepada pelanggan, terutamanya di kawasan yang dilanda banjir.
Mahathir turut menegaskan bahawa keselamatan pengguna semasa banjir adalah keutamaan TNB.
“Jika pencawang tidak dapat menyalurkan bekalan elektrik dengan selamat, ia akan dimatikan.
“Namun, teknologi alternatif seperti janakuasa bergerak, janakuasa dan ‘powerbank’ berskala besar akan digunakan bagi memastikan bekalan diteruskan,” katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan pengguna agar mematikan suis utama elektrik di rumah jika ia selamat untuk dilakukan dan menghubungi TNB untuk memutuskan bekalan elektrik di kawasan mereka.
“Sila elakkan menghampiri kabel elektrik dan peralatan elektrik yang terendam kerana ia boleh mengundang bahaya seperti renjatan elektrik,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#TNB
#FARA
#teknologi
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan