awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2024
02:30 MYT
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Sri Ganes Palaniapan berkata, kerangka kerja strategik itu penting dalam membantu merancang kursus pensijilan yang lebih relevan, memberikan latihan praktikal serta menawarkan laluan penempatan kerja yang jelas. - Foto SGC
KUALA LUMPUR: Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam industri kecerdasan buatan (AI).
Timbalan Presiden Persatuan Pelbagai Internet (IoT) Malaysia, Datuk Sri Ganes Palaniapan berkata, kerangka kerja strategik itu penting dalam membantu merancang kursus pensijilan yang lebih relevan, memberikan latihan praktikal serta menawarkan laluan penempatan kerja yang jelas.
"Salah satu kritikan yang diterima sekarang adalah kurangnya sinergi antara ketiga-tiga institusi ini, yang menyebabkan wujudnya jurang antara kemahiran yang ditawarkan oleh program latihan berbanding keperluan sebenar industri," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Sri Ganes yakin dengan lebih banyak kolaborasi berstruktur dan mekanisme sokongan yang mesra pengguna, NAIO mampu menjadi pemangkin kepada transformasi digital Malaysia yang lebih menyeluruh.
Beliau memberitahu, pembangunan teknologi seperti AI memerlukan ekosistem yang matang dan berterusan.
Justeru, katanya, fokus juga tidak seharusnya hanya tertumpu kepada AI semata-mata, sebaliknya juga kepada teknologi berkaitan seperti IoT dan automasi, yang mana mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di pelbagai sektor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis melancarkan NAIO, sekali gus menandakan satu langkah besar dalam transformasi digital negara dengan fokus menjadikan Malaysia sebuah hab AI serantau dan global.
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada kerangka ekonomi digital negara, yang dijangka menyumbang sehingga 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh setahun.
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#Persatuan Pelbagai Internet
#AI
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan