KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia merosot daripada aliran meningkat pada minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang negatif berikutan sentimen berhati-hati.
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.27 mata kepada 1,472.92 daripada 1,477.19 pada Jumaat lepas.
Saham pandu pasaran dibuka rendah 1.58 mata kepada 1,475.61.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 182 berbanding 147 manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,698 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 174.95 juta unit bernilai RM67.09 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street merosot pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai kenaikan kadar menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang pada minggu ini.
"Bagaimanapun, walaupun prestasi Wall Street lemah, kami menjangka belian saham akan berterusan dengan lebih stabil dalam situasi politik tempatan berikutan pelantikan Timbalan Menteri baru-baru ini.
"Kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,470-1,485 hari ini berikutan sentimen diunjurkan menjadi berhati-hati menjelang mesyuarat FOMC," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB menambah dua sen kepada RM5.67 manakala Maybank merosot dua sen kepada RM8.67, Public Bank berkurangan satu sen kepada RM4.40, Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM8.48 dan TNB merosot empat sen kepada RM9.29.
Daripada saham aktif, Cengild Medical naik dua sen kepada 49.5 sen, Icon meningkat satu sen kepada 9.5 sen dan PT Resources berkurangan setengah sen kepada 49 sen manakala MAG dan Yew Lee, masing-masing kekal tidak berubah pada 18.5 sen dan 32 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 24.82 mata kepada 10,582.59, Indeks FBMT 100 berkurangan 26.30 mata kepada 10,282.55, Indeks FBM Emas Shariah susut 43.16 mata kepada 10,745.01, FBM 70 merosot 18.90 mata kepada 12,927.32 dan FBM ACE berkurangan 2.73 mata kepada 5,514.77.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 14.05 mata kepada 16,509.09, Indeks Perladangan berkurangan 3.75 mata kepada 6,724.13, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.43 mata kepada 181.16 dan Indeks Tenaga susut 0.26 mata kepada 777.64.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.27 mata kepada 1,472.92 daripada 1,477.19 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
Guna nama Kementerian Komunikasi untuk memperdaya
Orang ramai diminta berwaspada dengan taktik terbaharu scammer yang menggunakan nama Kementerian Komunikasi bagi memperdaya mangsa mereka, kata Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.
Menteri Luar Singapura antara yang terima surat dengan ugutan dan imej yang dimanipulasi
Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan merupakan antara beberapa Ahli Parlimen di negara ini yang menerima surat berbaur ugutan beserta imej yang dimanipulasi.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan empat hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.42 mata atau 0.35 peratus kepada 1,540.42 daripada paras penutup 1,535.0 pada Selasa.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berikutan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.
Serba Dinamik dinyah senarai jika gagal kemuka pelan penyusunan semula 15 Mei - Bursa Malaysia
Serba Dinamik juga akan dinyah senarai jika ia gagal mendapatkan kelulusan untuk pelaksanaan pelan penyusunan semula.
Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.70 mata kepada 1,539.83 daripada paras 1,542.53 di akhir dagangan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah pelabur
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.51 mata atau 0.55 peratus kepada 1,542.53 daripada paras penutup 1,551.04 pada Jumaat minggu lepas.