Skip to main content

Sukan

Sukan SEA: Adam Rakib dalam perancangan

fight_record
Sekiranya kategori kickboxing dipertandingkan pada Sukan SEA 2027, maka Adam akan mewakili Malaysia kalau atlet itu dapat membuktikan kemampuan. - Instagram @adamrakib2

NAMA atlet muay thai muda negara, Adam Rakib, dicanang untuk membarisi skuad negara ke Sukan SEA 2027 atas kecemerlangannya dakan One Championship.

Menurut perkongsian Ppresiden Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Muhammad Shahnaz Azmi, ada keinginan skuad negara turun dengan kekuatan penuh ketika menghadapi temasya dwitahunan itu dua tahun mendatang.

Advertisement

Shahnaz juga berkongsi ada usaha tinggi yang dilakukan untuk memohon elaun khas dariada Majlis Sukan Negara (MSN) buat atlet muay thai kebangsaan, sama seperti yang dinikmati atlet Program Podium.

"Peraturan kickboxing menetapkan peserta berumur 18 tahun ke atas, sementara muay thai 16 tahun boleh bertanding.

"Kalau kategori kickboxing dipertandingkan pada 2027, maka Adam akan mewakili Malaysia kalau dia buktikan kemampuan dalam Kejuaraan Dunia dan Kejohanan Seni Bela Diri Dalam Dewan Asia pada tahun ini.

"Kami juga (berjuang) untuk elaun atlet. Muay thai sentiasa menyumbangkan pingat.

"Jadi mana-mana atlet kalau ada rekod dunia, kami mohon pertimbangkan MSN agar atlet dapat fokus sepenuhnya kepada persiapan.

"Perkara ini sedang dipertimbangkan untuk dibawa ke jawatankuasa tertinggi," katanya.

Must Watch Video