Bursa Malaysia dibuka rendah

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata atau 0.06 peratus kepada 1,617.96 daripada 1,618.94 ketika ditutup pada Khamis. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Jumaat, mengikuti penurunan semalaman di Wall Street, menunjukkan prestasi bercampur dalam pasaran serantau.
- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.98 mata atau 0.06 peratus kepada 1,617.96 pada 9.05 pagi, berbanding penutupan sebelumnya.
- Sentimen pasaran dipengaruhi oleh penurunan Wall Street dan isu buruh AS, dengan saham Maybank dan CIMB Group turun, sementara Tenaga Nasional dan IHH Healthcare mengalami kenaikan harga.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 274 berbalas 72, manakala 313 kaunter tidak berubah, 2,002 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 167.54 juta unit bernilai RM63.68 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami penurunan semalaman apabila kebimbangan mengenai gelembung penilaian dalam saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) semakin meningkat.
Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh pasaran buruh AS, menyaksikan sejumlah besar pemberhentian kerja pada bulan Oktober, manakala hasil Perbendaharaan 10 tahun susut kepada 4.09 peratus.
"Di peringkat tempatan, kami menjangkakan aktiviti belian akan kembali dengan FBM KLCI dijangka berada dalam julat 1,620-1,630 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun satu sen kepada RM9.91, CIMB Group berkurangan dua sen kepada RM7.48, Public Bank tidak berubah pada RM4.26.
Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM13.24, manakala IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM8.25.
Bagi saham aktif, MMAG turun 1.5 sen kepada lapan sen, Pertama Digital fell merosot 7.5 sen kepada 3.5 sen dan Perak Transit berkurangan setengah sen kepada 26 sen.
Dalam pada itu, Pharmaniaga meningkat 0.5 sen kepada 24 sen, manakala TWL tidak berubah pada remained 2.5 sen.
Saham paling untung menyaksikan Apex Healthcare dan Hong Leong Financial meningkat empat sen masing-masing kepada RM2.62 dan RM17.20, manakala Westports melonjak tiga sen kepada RM5.34.
Antara kaunter paling rugi, United Plantations merosot 32 sen kepada RM25.26, Petronas Dagangan turun 24 sen kepada RM22.30, Malaysian Pacific Industries merosot 16 sen kepada RM30.04, Time Dotcom berkurangan 11 sen kepada RM4.89 dan Nestle menguncup 10 sen kepada RM112.70.
Di papan indeks, FBMT 100 berkurang 16.82 mata kepada 11,778.38, FBM Emas turun 19.79 mata kepada 12,018.10, FBM Emas Shariah susut 21.77 mata kepada 12,035.43, FBM ACE turun 29.48 mata kepada 5,053.97 dan FBM Mid 70 menguncup 66.27 mata kepada 16,876.47.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan turun 7.14 mata kepada 8,050.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.97 mata kepada 167.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan kehilangan 12.19 mata kepada 18,325.68, manakala Indeks Tenaga susut 2.23 mata kepada 765.63.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Jumaat? A: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Jumaat berikutan penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.
- Q: Apakah faktor yang menyebabkan sentimen pasaran terjejas menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd? A: Sentimen pasaran terjejas oleh pasaran buruh AS dan hasil Perbendaharaan 10 tahun yang susut kepada 4.09 peratus, disebabkan oleh kebimbangan mengenai gelembung penilaian dalam saham berkaitan kecerdasan buatan (AI).
- Q: Bagaimanakah perkembangan harga saham Maybank, CIMB Group, dan Public Bank pada hari tersebut? A: Pada hari tersebut, saham Maybank turun satu sen kepada RM9.91, CIMB Group berkurangan dua sen kepada RM7.48, manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.26.
- Q: Apakah perubahan harga saham Tenaga Nasional dan IHH Healthcare pada hari tersebut? A: Tenaga Nasional naik empat sen kepada RM13.24, manakala IHH Healthcare menambah tiga sen kepada RM8.25.
- Q: Apakah saham yang mengalami kenaikan paling tinggi dan penurunan paling tinggi pada hari tersebut? A: Saham paling untung menyaksikan Apex Healthcare dan Hong Leong Financial meningkat empat sen masing-masing kepada RM2.62 dan RM17.20, manakala saham paling rugi termasuk United Plantations yang merosot 32 sen kepada RM25.26, Petronas Dagangan turun 24 sen kepada RM22.30, Malaysian Pacific Industries merosot 16 sen kepada RM30.04, Time Dotcom berkurangan 11 sen kepada RM4.89, dan Nestle menguncup 10 sen kepada RM112.70.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

