KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung sejak semalam.
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.45 mata kepada 1,592.34 daripada 1,599.79 ketika ditutup pada Rabu, merosot di bawah paras utama 1,600.
Indeks penanda aras itu dibuka 3.52 mata lebih rendah kepada 1,596.27.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 280 berbanding 173, manakala 326 kaunter tidak berubah, 1,633 kaunter tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 422.43 juta unit bernilai RM150.26 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI meneruskan keadaan tidak banyak berubah, turun di bawah paras psikologi 1,600 ekoran pengambilan untung yang berterusan.
"Kami terkejut dengan kekurangan minat belian berlaku di bursa tempatan sejak akhir-akhir ini kerana menjangkakan beberapa pembelian semasa harga murah sekarang ini memandangkan indeks berada di bawah paras 1,600.
"Kami percaya keadaan pasaran masih positif dan menjangkakan indeks itu berada dalam aliran 1,600 hingga 1,610 hari ini, dengan minat berkemungkinan terhadap kaunter bank dan telekomunikasi," katanya kepada Bernama.
Thong berkata Wall Street ditutup untuk dagangan pada Rabu.
Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak melepasi paras 18,000 disokong oleh pelancaran lebih banyak langkah rangsangan oleh China, terutama bertujuan untuk memperbaharui papan teknologi untuk meningkatkan kualiti penyenaraian dan menggalakkan inovasi teknologi.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi menunjukkan prestasi bercampur dengan AMMB (AmBank) susut 4.0 sen kepada RM4.15, YTL Corporation turun 6.0 sen kepada RM3.52, Petronas Gas (PetGas) merosot 30 sen kepada RM17.56, Tenaga Nasional berkurang 10 sen kepada RM13.76, dan Axiata Group lemah 4.0 sen kepada RM2.68.
Antara saham rugi, Nestle susut 80 sen kepada RM123.20, diikuti oleh PetGas.
Kaunter paling aktif termasuk Ingenieur Gudang yang tidak berubah pada 7.0 sen, Jaks Resources naik 1.0 sen kepada 20 sen, LBS Bina Group turun 9.0 sen kepada 80 sen, Vinvest Capital susut setengah sen kepada 8.5 sen dan EP Manufacturing menokok 6.5 sen kepada 84.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 46.92 mata kepada 12,245.12, Indeks FBMT 100 turun 46.51 mata kepada 11,820.99 dan Indeks FBM Emas Syariah kurang 44.74 mata kepada 12,590.13.
Indeks FBM 70 susut 35.08 mata kepada 17,896.00, dan Indeks FBM ACE turun 23.33 mata kepada 5,772.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 55.45 mata kepada 17,421.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.10 mata kepada 197.50, Indeks Tenaga kurang 1.18 mata kepada 982.20, dan Indeks Perladangan menambah 3.24 mata kepada 7,006.41.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.45 mata kepada 1,592.34 daripada 1,599.79 ketika ditutup pada Rabu, merosot di bawah paras utama 1,600.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.