BISNES
Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 147 berbanding 135, sebanyak 272 kaunter tidak berubah, 2,109 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat penurunan kecil, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham-saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini mulai mereda.
Ringkasan AI
- Bursa Malaysia dibuka rendah dengan FBM KLCI susut 2.01 mata kepada 1,597.65, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham AI mula reda.
- Sentimen pasaran bercampur dengan kaunter rugi mengatasi untung, manakala saham tenaga boleh baharu dijangka terus mendapat minat pelabur selepas perkembangan LSS5.
- Saham wajaran tinggi seperti Public Bank, CIMB, Maybank dan TNB mencatat penurunan kecil, manakala kaunter paling untung termasuk Malaysian Pacific Industries dan KSL Holdings.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 147 berbanding 135, sebanyak 272 kaunter tidak berubah, 2,109 tidak diniagakan dan 18 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 147.36 juta unit bernilai RM55.86 juta.
Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya, memberi pandangan positif terhadap HE Group Bhd susulan kejayaan memperoleh kontrak baru-baru ini yang turut menandakan penyertaannya dalam segmen pusat data.
Firma pembrokeran itu juga yakin saham berkenaan diniagakan pada harga menarik berbanding syarikat lain setaranya.
"Selain itu, susulan perkembangan dalam Solarvest Holdings Bhd dan pelancaran pakej kelima tenaga solar berskala besar (LSS5) baru-baru ini, kami menjangkakan minat belian terhadap saham tenaga boleh baharu seperti Kawan Renergy Bhd dan Northern Solar Holdings Bhd, akan berterusan," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank rugi satu sen kepada RM4.29, CIMB Group turun tiga sen kepada RM7.26, Tenaga Nasional dan Maybank masing-masing berkurangan dua sen kepada RM13.26 dan RM9.81 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.36.
Bagi saham paling aktif, NexG Bina menokok satu sen kepada 10 sen, TWL Holdings dan dan NexG masing-masing meraih setengah sen kepada tiga sen dan 52 sen manakala XOX Technology dan Malayan United Industries kekal pada 7.5 sen dan 6.5 sen.
Kaunter paling rugi setakat ini adalah Petronas Dagangan yang turun 24 sen kepada RM22.06, Eurospan Holdings turun 11 sen kepada RM2.44, Press Metal Aluminium Holdings susut lima sen kepada RM5.79, Unisem (M) berkurangan lima sen kepada RM2.79 dan Manulife Holdings rugi lima sen kepada RM2.08.
Selain itu, kaunter paling untung didahului oleh Malaysian Pacific Industries yang menokok 34 sen kepada RM30.10, KSL Holdings meraih 11 sen kepada RM3.42, Hong Leong Financial Group bertambah lapan sen kepada RM16.90, Hong Leong Bank meningkat enam sen kepada RM20.20 dan KUB Malaysia untung empat sen kepada 81.5 sen.
Di pasaran meluas, Indeks FBM Emas sebaliknya turun 9.97 mata kepada 11,931.98, Indeks FBM 100 susut 11.52 mata kepada 11,664.73, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 0.19 mata kepada 11,986.40, Indeks FBM 70 kehilangan 3.08 mata kepada 16,862.54 manakala Indeks FBM ACE naik 1.25 mata kepada 5,064.01.
Bagi sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.68 mata kepada 170.78, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 20.92 mata kepada 18,061.67, Indeks Perladangan sebaliknya melonjak 14.08 mata kepada 7,728.31 dan Indeks Tenaga meraih 2.03 mata kepada 770.78.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami