Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lainnya, kata peniaga.
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,828.64 iaitu menokok 0.01 mata berbanding paras penutup 1,828.63 semalam dan dibuka 2.61 mata lebih tinggi kepada 1,824.55.
Sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 116 manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan manakala 32 lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 374.60 juta saham bernilai RM98.52 juta.
Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Maybank Investment Bank Research (Maybank IB) berkata bursa tempatan itu dijangka reda hari ini.
"Aliran peningkatan semalaman di pasaran Amerika Syarikat (AS) akan memberi sokongan kepada bursa tempatan, namun selepas mencatat kenaikan selama empat hari berturut-turut, kami percaya FBM KLCI akan mengalami pembetulan teknikal.
"Malah, secara teknikalnya, kami mengunjurkan indeks petunjuk utama itu didagangkan antara 1,820 dan 1,835 hari ini. Paras sokongan menurun pula sekitar 1,812 dan 1,793 mata," kata firma pelaburan itu.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua mata kepada RM9.86 dan RM20.86 manakala TNB tidak berubah pada RM15.82 dan Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM8.19.
Bagi saham cergas pula, Sumatec untung setengah sen kepada 10.5 sen, UMW O
Indeks FBM Emas naik 5.63 mata kepada 13,197.36, Indeks FBMT 100 menambah 3.50 mata kepada 12,851.87 dan FBM 70 menokok 16.07 mata kepada 16,436.36.
Indeks FBM Emas Shariah menambah 10.19 mata kepada 13,628.70 manakala FBM Ace meningkat 37.65 mata kepada 6,843.83.
Mengikut sektor, Indeks Kewangan naik 11.21 mata kepada 17,257.47, Indeks Perladangan menambah 17.37 mata kepada 8,092.60 namun Indeks Perusahaan merosot 1.75 mata kepada 3,336.60.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 18 2018
Sentimen pasaran secara keseluruhannya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 197 berbanding 116 manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,285 tidak didagangkan manakala 32 lain digantung. - AFP PHOTO / JOHANNES EISELE
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Satu mayat ditemukan dalam sungai susulan jambatan di Baltimore runtuh
Perlanggaran pada awal Selasa itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Keselamatan PBB tuntut gencatan senjata segera di Gaza tanpa veto AS
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas.
Hampir separuh penyelidik AI terbaik dunia berasal dari China
AS mengekang akses kepada cip terkini China bagi memastikan status sebagai negara dengan kemajuan teknologi terkini tidak akan dipintas.
PBB sebulat suara lulus resolusi kawal AI
Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima pakai resolusi global pertama mengenai kecerdasan buatan atau (AI).
Presiden Joe Biden anugerah geran, pinjaman RM94.8 bilion kepada Intel
Presiden Joe Biden menyerahkan geran dan pinjaman hampir $20 bilion (RM94.8 bilion) kepada Intel sekali gus merupakan peruntukan terbesar kerajaan Amerika Syarikat (AS) dalam pemberian subsidi.
Ukraine perlu perkuat pertahanan udara - Volodymyr Zelenskiy
Ukraine perlu memperkuat pertahanan udaranya untuk menghentikan serangan Rusia ke wilayah Sumy yang bersempadan dengan Rusia pada Selasa.