Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.
- Amaran cuaca buruk melibatkan kawasan terpilih di Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah seperti dinyatakan oleh MetMalaysia.
- Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap kemungkinan kesan cuaca buruk di kawasan yang terlibat sepanjang tempoh amaran dikeluarkan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kelantan (Kuala Krai) dan Terengganu melibatkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Matu), Sarikei (Sarikei dan Maradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).
Sementara itu di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Membakut), Kudat, Sandakan (Paitan) dan Tawau.
-- BERNAMA