awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini

Bernama
Bernama
19/10/2022
03:00 MYT
Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini
Pada 9.27 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.04 mata kepada 1,402.40 daripada 1,400.36 penutup Selasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Momentum aktiviti belian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada urus niaga hari Rabu.
Pada 9.27 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.04 mata kepada 1,402.40 daripada 1,400.36 penutup Selasa.
Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1,402.68, meningkat 2.32 mata.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 233 berbalas 170, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,699 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 315.96 juta unit bernilai RM148.78 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pelabur kemungkinan mengetepikan beberapa kebimbangan berkenaan kemelesetan dalam tempoh terdekat untuk turut serta dalam musim pelaporan laporan suku ketiga yang sedang berlangsung di Wall Street.
"Di dalam negara pula, kami menjangkakan sentimen di bursa tempatan kembali stabil sebaik sahaja tarikh rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 diumumkan lewat minggu ini," kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Katanya minat belian diunjur terus meningkat bagi kaunter perladangan memandangkan harga minyak sawit mentah yang lebih mampan, manakala sektor teknologi mungkin meneruskan kenaikan kerana minat belian telah dilihat di Nasdaq.
"Sementara itu, kami terus memihak pada saham pengguna dan penjagaan kesihatan," kata Malacca Securities.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB meningkat tujuh sen kepada RM5.32 dan Maxis menokok empat sen menjadi RM3.50, manakala Press Metal, Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing naik dua sen kepada RM3.50, RM4.23, RM8.53 dan RM4.22.
Bagi saham aktif, Harvest Miracle menambah setengah sen kepada 14 sen, Careplus meningkat dua sen menjadi 44.5 sen, UEM Sunrise mengembang 1.5 sen kepada 20.5 sen, manakala Hiap Huat, Top Glove dan Hong Seng Consolidated tidak berubah pada 16 sen, 74 sen dan 27 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh sebanyak 13.14 mata kepada 9,988.04, FBM 70 meningkat 19.41 mata untuk mencapai paras 12,025.56 dan Indeks FBMT 100 menokok 14.51 mata kepada 9,736.26.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah susut 9.01 mata kepada 10,025.77 dan FBM ACE meraih 2.59 mata kepada 4,755.76.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 75.29 mata kepada 15,968.62, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.49 mata menjadi 171.35, Indeks Perladangan susut 7.23 mata kepada 6,609.44 dan Indeks Tenaga jatuh 3.39 mata kepada 667.38.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#Wall Street
#Malacca Securities
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan