Skip to main content

Malaysia

Lima ditahan halang penguat kuasa jalankan tugas di hutan simpan

Hari ini operasi pemetaan oleh Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) di beberapa perkampungan Orang Asli di kawasan Tasek Bera. Bukan untuk perizaban tanah Orang Asli tetapi pengambilan kebun tanpa keizinan.  Surat aduan telah dihantar kepada Menteri Besar oleh penduduk dan Batin-Batin namun sehingga kini jalan rundingan masih buntu. _FB Bob Manolan Mohamad
Semasa operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas. - Foto Facebook/Bob Manolan Mohamad
Advertisement

KUANTAN: Polis menahan lima individu kerana dipercayai menghalang penguat kuasa menjalankan tugas semasa melaksanakan operasi di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera, semalam. 

Ketua Polis Daerah Bera Superintenden Zulkiflee Nazir berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi  ketika Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) bersama beberapa agensi, antaranya Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjalankan operasi penguatkuasaan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. 

Beliau berkata semasa operasi, sekumpulan individu didapati mendirikan halangan dan membuat provokasi terhadap sepasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas. 

“Susulan itu, polis menahan seorang lelaki dan empat wanita berumur lingkungan 30 hingga 60-an bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan. 

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam tidak menyebarkan berita yang tidak sahih atau sebarang maklumat yang salah sehingga menimbulkan salah faham dan mengganggu ketenteraman.

Beberapa video rakaman kejadian itu turut tular melalui media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement