KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini mendapat rangsangan daripada sentimen positif di Wall Street pada Jumaat minggu lepas dan jangkaan pemulihan ekonomi China.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.31 mata kepada 1,500.86 daripada paras penutup 1,497.55 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi meningkat 2.20 mata kepada 1,499.75.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 199 berbanding 116, manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,623 tidak diniagakan dan 54 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 217.47 juta unit bernilai RM74.70 juta.
FBM KLCI ditutup sedikit di bawah paras 1,500 pada minggu lepas disebabkan oleh penurunan di sektor perbankan apabila Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75 peratus.
"Bagaimanapun, dengan sentimen positif daripada Wall Street, kami percaya minat belian akan melimpah ke keseluruhan pasaran, yang akan memberi sokongan kepada kaunter berharga rendah terutamanya dalam sektor teknologi," kata Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan hari ini..
Pasaran saham global dijangka terus pulih disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang baik dan ditambah dengan pemulihan berterusan ekonomi China.
Firma pembrokeran itu berkata saham minyak dan gas yang menjadi tumpuan hari ini dijangka meningkat sehingga musim pelaporan akan datang di tengah-tengah kekukuhan harga minyak Brent.
"Selain itu, lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura hari ini telah mencetuskan spekulasi akan ada perbincangan mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi (antara kedua-dua negara)," katanya
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah tiga sen setiap satu untuk dibuka masing-masing kepada RM8.77 dan RM4.28, Petronas Chemicals dan CIMB kedua-duanya meningkat satu sen masing-masing kepada RM8.49 dan RM5.75, manakala Tenaga Nasional jatuh tiga sen kepada RM9.52.
Dalam kalangan kaunter cergas, Nylex menambah 5.5 sen kepada 60 sen, Borneo Oil naik setengah sen kepada dua sen, ATA IMS menokok 3.5 sen kepada 44 sen dan DGB Asia diniagakan tidak berubah pada 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.56 mata kepada 10,916.92, Indeks FBMT 100 meningkat 23.75 mata kepada 10,587.66 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 19.86 mata kepada 11,197.41.
Indeks FBM 70 meningkat 32.71 mata kepada 13,792.55 manakala Indeks FBM ACE naik 23.45 mata kepada 5,754.68.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat sebanyak 0.48 mata kepada 191.25, Indeks Tenaga menokok 4.83 mata kepada 885.59 dan Indeks Perladangan menambah 27.05 mata kepada 6,868.28. Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 49.03 mata kepada 16,519.22.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.31 mata kepada 1,500.86 daripada paras penutup 1,497.55 pada Jumaat minggu lepas. -Gambar hiasan

AWANI Ringkas: SM Faisal, Emilia akan cuba selesai kes luar mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan ummah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat khususnya yang beragama Islam memanfaatkan bulan Ramadan untuk membentuk penyatuan ummah.

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

Dialog Anak Muda: Mobiliti anak muda
Adakah sistem pengangkutan awam negara cukup mesra anak muda? Guna pengangkutan awam untuk jimat poket atau ubah gaya hidup? Apa idea anak muda untuk tambah baik sistem kesalinghubungan pengangkutan awam? Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam

Imbas kod QR bagi aduan kebersihan di bazar Ramadan
KKM menggalakkan pengunjung bazar Ramadan di setiap negeri untuk mengimbas kod QR bagi mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan di lokasi berkenaan.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, CI merosot 0.8 peratus
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia dapat kurangkan penurunan awal apabila ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis.

TNB lantik Abdul Razak Majid sebagai pengerusi
Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi Wall Street turut lemah
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.19 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI menambah 4.78 mata kepada 1,411.33 daripada 1,406.55 sewaktu ditutup pada Selasa, selepas dibuka meningkat 2.05 mata kepada 1408.60.

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.

Nama Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia disalah guna di Facebook
Bursa Malaysia menegaskan laman Facebook itu tiada kaitan dengan Muhamad Umar dan langkah telah diambil untuk memadamnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar pergerakan rancak Wall Street
Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.

Bursa Malaysia nafi keluarkan komunikasi pelaburan melalui WhatsApp
Bursa Malaysia Bhd hari ini menafikan yang ia mengeluarkan sebarang komunikasi berkaitan pelaburan di aplikasi WhatsApp.

Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur pantau perkembangan krisis SVB
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.