KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam julat negatif susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan disebabkan peningkatan kukuh pada Khamis minggu lepas.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bagaimanapun indeks petunjuk pasaran ditutup pada paras terendahnya berikutan terdapat aktiviti belian pada sesi dagangan petang.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.58 mata kepada 1,476.96 berbanding 1,486.54 sewaktu ditutup pada Jumaat.
Sewaktu pasaran dibuka, indeks tersebut menyusut 2.77 mata kepada 1,483.77 dan bergerak di antara 1,467.26 dengan 1,486.68 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 564 berbanding 409, manakala 358 kaunter tidak berubah, 927 tidak diniagakan dan 67 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.40 bilion unit bernilai RM2.47 bilion daripada 4.41 bilion unit bernilai RM2.75 bilion pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis minggu lepas.
Thong berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya tinggi, didorong oleh syarikat hartanah China selepas pengawal selia sekuriti di China menarik semula larangan ke atas pembiayaan semula ekuiti bagi syarikat hartanah tersenarai.
"Di dalam negara, kami berpendapat aktiviti belian akan kembali semula selepas jualan selama dua hari berikutan sentimen pelabur sewajarnya semakin baik dalam situasi landskap politik yang bertambah baik. Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diuji semula pada paras 1,500 tidak lama lagi.
"Secara perbandingan, penilaian ekuiti-ekuiti tempatan masih lebih rendah berbanding bursa-bursa serantau," katanya.
Dari sudut teknikal, beliau berkata, Rakuten Trade akan melihat paras rintangan serta-merta pada 1,500, diikuti 1,530 manakala paras sokongan pada 1,470.
"Memandangkan kita akan melangkah ke Disember, kami menjangka beberapa pelarasan semula dan aktiviti memperelokkan akaun akan berlaku," katanya.
Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.48 peratus kepada 28,027.84, Hang Seng Hong Kong meningkat 5.24 peratus kepada 18,204.68 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 10.1 peratus kepada 3,272.76.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.70, CIMB meraih dua sen kepada RM5.82, manakala Public Bank turun 11 sen kepada RM4.41, Petronas Chemicals jatuh 56 sen kepada RM8.52 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM5.95.
Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy berkurangan satu sen kepada 19.5 sen, Top Glove menguncup 3.5 sen kepada 87.5 sen, manakala MQ Technology dan SMTrack masing-masing meningkat satu sen kepada lima sen dan enam sen, dan MMAG tidak berubah pada tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 32.28 mata kepada 10,544.51, Indeks FBMT 100 berkurangan 39.78 mata kepada 10,259.91 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 25.05 mata kepada 10,662.57.
FBM ACE pula menokok 5.08 mata kepada 5,196.72 manakala FBM 70 menambah 58.02 mata kepada 12,696.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 50.11 mata kepada 16,649.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.78 mata kepada 181.58, Indeks Perladangan merosot 9.92 mata kepada 6,807.23, manakala Indeks Tenaga meraih 4.82 mata kepada 763.91.
Jumlah dagangan Pasaran Utama lebih rendah kepada 2.16 bilion saham bernilai RM2.18 bilion berbanding 2.87 bilion saham bernilai RM2.43 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 356.10 juta unit bernilai RM68.81 juta daripada 522.23 juta unit bernilai RM49.65 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menguncup kepada 880.66 juta saham bernilai RM226.95 juta daripada 1.02 bilion saham bernilai RM270.37 juta sebelum ini.
Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 545.10 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (502.51 juta), pembinaan (73.47 juta), teknologi (229.78 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (114.13 juta), hartanah (192.06 juta), perladangan (31.74 juta), REIT (7.69 juta), dana tertutup (5,100), tenaga (197.08 juta), penjagaan kesihatan (131.01 juta), telekomunikasi dan media (42.04 juta), pengangkutan dan logistik (42.50 juta) dan utiliti (49.63 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dalam julat negatif susulan aktiviti pengambilan untung yang berterusan disebabkan peningkatan kukuh pada Khamis minggu lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 0.59 peratus
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.
Bursa Malaysia ditutup kukuh, didorong belian semasa harga murah
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis, didorong aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul susulan pengambilan untung pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sokongan dana asing, institusi tempatan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.