awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/05/2024
08:45 MYT
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan. - Gambar/ Astro Radio Traffic/ Ranger Chuck
KUALA LUMPUR: Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Ia susulan dahan pokok besar itu terjatuh di atas landasan.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, ekoran insiden tersebut, tiada perkhidmatan monorel disediakan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.
Justeru, syarikat tersebut telah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara yang akan membantu memudahkan urusan penumpang.
Menurutnya, bas perantara ulang-alik akan disediakan dari KL Sentral ke Medan Tuanku manakala tren perantara di antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) disediakan buat semua pengguna.
“Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen Laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang.
“Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.
“Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian,” menurut kenyataan itu.
Rapid Rail juga memaklumkan sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.
“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran para penumpang,” katanya.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Jalan Sultan Ismail
#monorel
#bas perantara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan