KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi sedikit dalam dagangan kecil apabila apabila para pelabur tidak mengambil pegangan besar-besaran menjelang cuti panjang hujung minggu sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.64 mata untuk ditutup kepada 1,512.98 daripada paras penutup 1,511.34 pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.03 mata kepada 1,510.31 dan bergerak antara paras 1,508.99 dan 1,513.98 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 513 berbanding 452 manakala 431 kaunter tidak berubah, 853 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 3.09 bilion unit bernilai RM2.17 bilion daripada 3.22 bilion unit bernilai RM2.12 bilion.
Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peningkatan hasil bon Amerika Syarikat (AS) dan harapan penurunan kadar faedah AS yang semakin pudar telah menjejaskan keyakinan tempatan.
"Tidak mengejutkan apabila para pelabur tempatan mengambil pendekatan berhati-hati dengan perkembangan di China kerana tidak ada kepastian sama ada peningkatan pasaran saham China akan memberi impak positif kepada ekonomi negara,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, kedua-dua TNB dan Hong Leong Bank meningkat empat sen masing-masing kepada RM10.78 dan RM19.24, IHH Healthcare naik tiga sen kepada RM6.17, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM6.74, Maybank susut satu sen kepada RM9.31, manakala Public Bank dan CIMB jatuh dua sen setiap satu masing-masing kepada RM4.39 dan RM6.21.
Dalam kalangan kaunter cergas, Wentel naik dua sen kepada 28 sen, Velesto meningkat setengah sen kepada 25.5 sen, MRCB menokok satu sen kepada 60.5 sen, TWL Holdings tidak berubah pada empat sen, Widad turun satu sen kepada 11.5 sen dan Reneuco jatuh 1.5 sen kepada 8.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat sebanyak 21.75 mata kepada 11,234.97, Indeks FBMT 100 menokok 16.05 mata kepada 10,899.22, Indeks FBM 70 melonjak 39.83 mata kepada 15,160.53, Indeks FBM Emas Shariah menambah 32.09 mata kepada 11,268.68 dan Indeks FBM ACE naik 4.67 mata kepada 4,708.06.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah meningkat 5.68 mata kepada 907.64, Indeks Perladangan mengukuh 18.13 mata kepada 7,174.34 dan Indeks Tenaga naik 8.98 mata kepada 878.65.
Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.93 mata kepada 16,961.31 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.67 mata kepada 172.5.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.67 bilion unit bernilai RM1.90 bilion daripada 1.87 bilion unit bernilai RM1.90 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 652.13 juta unit bernilai RM97.66 juta daripada 644.86 juta unit bernilai RM99.25 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE melonjak kepada 748.17 juta saham bernilai RM173.48 juta daripada 684.72 juta saham bernilai RM123.71 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 290.79 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (296.92 juta); pembinaan (109.42 juta); teknologi (121.84 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (89.83 juta); hartanah (302.59 juta); perladangan (17.29 juta); REITs (15.36 juta), dana tertutup (31,100); tenaga (179.04 juta); penjagaan kesihatan (90.72 juta); telekomunikasi dan media (26.33 juta); pengangkutan dan logistik (35.65 juta); dan utiliti (93.31 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2024
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.03 mata kepada 1,510.31 dan bergerak antara paras 1,508.99 dan 1,513.98 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/Bernama
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.