KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, seiring prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi walaupun sentimen semalaman Wall Street bercampur-campur, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.92 mata kepada 1,533.52 daripada paras 1,530.60 di akhir dagangan semalam.

Indeks itu dibuka 1.51 mata lebih tinggi kepada 1,532.11.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 267 berbanding 214 manakala 373 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,466 tidak diniagakan manakala 55 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 351.37 juta unit bernilai RM165.59 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini menjangkakan pasaran tempatan akan diniagakan dalam julat lebih kecil hari ini, menjejaki sentimen bercampur-campur di Wall Street.

"Kami percaya harga komoditi lebih kukuh seperti harga minyak Brent dan emas, akan menyebabkan pasaran menumpukan sektor berkaitan minyak dan gas serta emas.

"Sektor pembinaan dan hartanah juga dijangka kekal di barisan utama dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan semula projek infrastruktur, pelaburan dalam pusat data dan prospek pemulihan segmen hartanah," katanya.

Firma pembrokeran itu berkata sektor lain juga berkemungkinan menyaksikan dagangan seperti kewangan, teknologi dan pembungkusan.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM9.65 dan RM4.21; CIMB Group menokok 9.0 sen kepada RM6.64 manakala Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM11.20 dan Petronas Chemical turun 5.0 sen kepada RM6.74.

Bagi saham aktif, MMAG Holdings naik 1.0 sen kepada RM18.5 sen; Ingenieur Gudang, Eduspec Holdings dan Minetech Resources masing-masing tidak berubah pada 16.0 sen, 14.0 sen dan 6.0 sen manakala VS Industry turun 3.0 sen kepada 80.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 19.43 mata kepada 11,545.41; Indeks FBMT 100 menokok 19.02 mata kepada 11,191.56 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 8.92 mata kepada 11,622.36.

Indeks FBM 70 meningkat 17.89 mata kepada 16,166.04 manakala Indeks FBM ACE menambah 19.83 mata kepada 4,862.56.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.09 mata kepada 179.45; Indeks Perkhidmatan Kewangan sebaliknya meningkat 36.78 mata kepada 17,218.90 manakala Indeks Perladangan naik 7.54 mata kepada 7,306.10 dan Indeks Tenaga menambah 5.32 mata kepada 948.31.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti Nuzul Al-Quran di beberapa negeri di Malaysia.

-- BERNAMA