KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia pulih daripada kerugian yang dialami minggu lepas untuk dibuka lebih tinggi pagi ini walaupun dengan penurunan penarafan kredit terhadap negara.
Para peniaga berkata, prestasi yang ditunjukkan oleh bursa ini didorong oleh persekitaran luar yang positif serta kembalinya kegiatan membeli ketika harga murah di pasaran tempatan.
Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.09 mata kepada 1,622.94 selepas dibuka 2.22 mata lebih tinggi pada 1,624.07.
Indeks barometer, sebahagian besarnya melonjak berikutan peningkatan oleh Maybank dengan 1.313 mata. Saham perbankan menokok enam sen kepada RM8.26 dengan 122,800 saham bertukar tangan.
Pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 423 berbalas 206 manakala 374 kaunter tidak berubah, 1,130 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung urus niaga.
Jumlah dagangan ialah sebanyak 965.04 juta unit bernilai RM340.5 juta.
Fitch Ratings pada Jumaat lepas mengumumkan ia menurunkan penarafan kredit negara Malaysia daripada A-' kepada 'BBB+', dengan tinjauan lebih baik daripada negatif kepada stabil.
Penurunan ini adalah yang pertama oleh agensi penarafan untuk negara sejak Krisis Kewangan Asia 1997/98.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan memantau perolehan di Wall Street Jumaat lepas, diikuti dengan harga komoditi yang tinggi untuk kedua-dua minyak mentah dan minyak sawit mentah, peningkatan di pasaran tempatan nampaknya sudah pasti.
"Pelonggaran langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat turut mendorong pertumbuhan ekonomi.
"Saham-saham murah dijangka meningkat di celah-celah pasaran yang didorong oleh kecairan," kata firma penyelidikan itu dalam satu nota hari ini.
Sementara itu, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata Wall Street telah mencatatkan paras tinggi baharu pada Jumaat, dipacu oleh jangkaan pengumuman pakej rangsangan tidak lama lagi dengan Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 249 matalagi dan tetap teguh melepas paras 30,000.
"Oleh itu, kami mengunjurkan pasaran serantau akan turut memberi tindak balas positif hari ini," katanya.
Di dalam negara, Rakutan berkata FBM KLCI mungkin pulih selepas stabil Jumaat lepas
"Dengan itu, kita mungkin melihat indeks penanda aras menguji satu lagi tahap tertinggi tahun ini iaitu pada 1,630 hari ini," katanya.
Minyak mentah Brent hampir mencecah paras US$50 setong dan pada masa ini berlegar melepasi paras US$49.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove dan IHH Healthcare masing-masing menambah satu sen kepada RM6.66 dan RM5.46, dan Hartalega naik enam sen kepada RM14.56.
Bagaimanapun, Public Bank turun lapan sen kepada RM18.52 sementara Tenaga dan Petronas Chemicals masing-masing susut empat sen kepada RM10.90 dan RM7.35.
Saham-saham paling cergas pula, Yong Tai naik 8.5 sen kepada 45 sen, Sapura Energy dan Nexgram masing-masing meningkat 13 sen dan enam sen, dan Hiap Teck menokok satu sen kepada 42 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 23.17 mata kepada 11,763.89, Indeks FBMT 100 meningkat 21.18 mata kepada 11,515.14, Indeks FBM Emas Syariah menambah 11.91 mata kepada 13,519.08 sementara FBM 70 melonjak 80.38 mata kepada 15,329.93.
Bagaimanapun, FBM ACE berkurangan 2.52 mata kepada 10,622.45.
Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.01 mata kepada 173.8, Indeks Perladangan naik 23.42 mata kepada 7,372.82 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 41.42 mata kepada 14,558.87.
- BERNAMA
TAG: Bursa Malaysia, FBM KLCI, minyak mentah Brent, Fitch, agensi penarafan,
Bernama
Mon Dec 07 2020
Pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 423 berbalas 206 manakala 374 kaunter tidak berubah, 1,130 tidak diniagakan dan 31 yang lain digantung urus niaga. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Bazar Ramadan: MBI galak pengunjung bawa bekas sendiri
MBI juga bekerjasama dengan beberapa syarikat seperti penghantar makanan dan bank untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai.
Aturan kerja fleksibel jadi keutamaan pekerja berbanding bonus prestasi
Menerusi tinjauan gaji tahunan yang dijalankan, sebanyak 44% calon akan menolak posisi baharu juga jika tiada fleksibiliti ditawarkan.
Panas! Gelombang haba pembunuh di Barat Laut Pasifik akan berulang lagi
Kanada sahaja tiga kali memecahkan catatan rekod suhu, degan kemuncaknya pada 29 Jun dengan 49.6 Celsius.
Bursa Malaysia pulih daripada kerugian minggu lepas, dibuka tinggi pagi ini
Para peniaga berkata, prestasi yang ditunjukkan oleh bursa ini didorong oleh persekitaran luar yang positif serta kembalinya kegiatan membeli ketika harga murah di pasaran tempatan.
7,500 orang mati setiap hari kerana keadaan tempat kerja tidak selamat
Kemalangan di tempat kerja juga dipercayai telah mengakibatkan lebih 374 juta orang mengalami sakit atau kecederaan.
Dadah: 3.2 juta keluarga tinggal di kawasan berisiko tinggi
Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menggesa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperkasa komuniti menerusi 'Kempen Perangi Dadah Habis-Habisan'.
'Pokok rimbun' buat penduduk resah?
Ini sentimen pengguna jalan raya di sini tentang kewujudan deretan pokok-pokok besar di sekitar bandar raya ini, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini seumpama pokok tumbang dan dahan patah.
Pembuat dasar perlu cekap, tidak terlalu terikat ke arah perubahan - Gabenor
Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, dunia akan berubah dengan kecanggihan pesat, iaitu dalam teknologi dan komunikasi serta data raya.
Ubah sikap demi kurangkan risiko bencana alam - KP IKIM
Rakyat Malaysia digesa mengubah sikap mereka terhadap pemeliharaan alam sekitar dalam usaha mengurangkan bencana alam.
Kementerian perlu labur dalam mempromosi gaya hidup sihat
Kementerian Kesihatan perlu membuat pelaburan ketara dalam maklumat mudah difahami kepada orang ramai bagi menggalakkan gaya hidup sihat kerana rakyat Malaysia secara amnya tidak sihat.