KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan kukuh, dengan indeks utama meningkat 2.01 peratus berikutan momentum belian yang berterusan dalam persekitaran sentimen pasaran yang lebih baik di peringkat tempatan dan luaran.
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu.
Saham pandu pasaran dibuka tinggi 7.18 mata kepada 1,450.68.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 699 berbanding 201 manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,121 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 3.18 bilion unit bernilai RM1.51 bilion.
Dalam nota penyelidikan awal, Malacca Securities Sdn Bhd berkata keyakinan yang menyelubungi mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada November -- bahawa bank pusat akan mengambil langkah kurang agresif dengan kadar kenaikan kadar -- mungkin tersebar ke seluruh pasaran serantau.
Keyakinan telah membawa kepada belian dalam beberapa saham perbankan -- Public Bank naik 14 sen kepada RM4.42, CIMB meningkat 19 sen kepada RM5.70, Maybank menambah 11 sen kepada RM8.66, RHB Bank menokok 12 sen kepada RM5.59 dan Hong Leong Bank naik 20 sen kepada RM20.68.
Firma pembrokeran itu turut percaya bahawa pasaran mungkin berubah menjadi lebih positif selepas Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengumumkan sokongannya kepada kerajaan perpaduan, memastikan kestabilan negara.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sokongan belian berkemungkinan daripada institusi tempatan, yang boleh menyebabkan indeks mengakhiri hari ini melebihi paras 1,440.
"Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,440-1,460 hari ini," katanya.
Daripada saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik 18 sen kepada RM8.96, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.00 dan Tenaga meningkat 14 sen kepada RM8.56, bagaimanapun Press Metal merosot empat sen kepada RM4.79.
Dalam kalangan saham aktif, Advance Synergy naik lapan sen kepada 25.5 sen, Malayan United meningkat dua sen kepada 12 sen, Eden berkurangan empat sen kepada 15 sen, Compugates menambah setengah sen kepada 1.5 sen serta MMAG dan Dagang NeXchange, masing-masing naik satu sen kepada tiga sen dan 61.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 205.35 mata kepada 10,471.57, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 184.14 mata kepada 10,600.83, Indeks FBMT 100 menambah 200.51 mata kepada 10,197.94, FBM ACE menokok 117.5 mata kepada 5,091.23 dan FBM 70 melonjak 246.1 mata kepada 12,497.34.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 319.5 mata kepada 16,487.71, Indeks Tenaga meningkat 10.13 mata kepada 753.99 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 2.37 mata kepada 182.23, bagaimanapun Indeks Perladangan merosot 40.32 mata kepada 6,827.37.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 28.94 mata kepada 1,471.44 daripada 1,443.5 pada Rabu. - Fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.
Pembelian ekuiti oleh institusi tempatan cecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas
Pembelian bersih oleh institusi tempatan di Bursa Malaysia mencecah paras tertinggi enam tahun minggu lepas, berjumlah RM1.79 bilion.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.25 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.73 mata kepada 1,557.30 daripada 1,547.57 pada Jumaat lepas. Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi satu mata kepada 1,548.57.