awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta

Bernama
Bernama
30/07/2024
20:45 MYT
Bursa Malaysia tingkat sasaran keuntungan 2024 kepada RM361 juta hingga RM379 juta
Abdul Wahid berkata, bursa terus menarik pelaburan ke dalam pasaran modal dan menjangkakan prestasi korporat yang lebih baik bagi tahun ini berbanding 2023. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengemas kini sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) untuk tahun kewangan 2024 (TK2024) daripada RM293 juta hingga RM323 juta kepada RM361 juta hingga RM379 juta.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, bursa terus menarik pelaburan ke dalam pasaran modal dan menjangkakan prestasi korporat yang lebih baik bagi tahun ini berbanding 2023.
"Kami menyaksikan aliran masuk yang kukuh daripada pelabur domestik dan asing. Berdasarkan prestasi semasa dan momentum yang dijangka pada separuh kedua 2024, kami telah menyemak sasaran PBT kami," katanya semasa Taklimat Media mengenai Keputusan Kewangan Separuh Pertama Bursa Malaysia 2024 pada Selasa.
Bursa tersebut optimis untuk mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024.
Abdul Wahid berkata, Bursa Malaysia telah mengekalkan sasarannya untuk meningkatkan segmen hasil bukan dagangan sebanyak lima peratus hingga tujuh peratus bagi TK2024.
Selain itu, Bursa Malaysia berhasrat untuk kekal kukuh tahun ini dengan menyasarkan 42 tawaran awam permulaan (IPO) dan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM13.0 bilion pada 2024.
"Kami telah menyelesaikan 28 IPO pada separuh pertama 2024," katanya.
Sehingga akhir Jun 2024, Bursa Malaysia telah merekodkan 21 IPO, iaitu empat di Pasaran Utama, 16 di Pasaran ACE, dan satu di Pasaran LEAP dengan jumlah permodalan pasaran IPO bernilai RM7.31 bilion, menjadikannya yang kedua tertinggi dalam kalangan bursa-bursa di Asean.
Pencapaian ini menunjukkan daya tarikan Bursa Malaysia yang tinggi kepada perniagaan yang mencari modal untuk pengembangan dan mencerminkan minat pelabur yang semakin meningkat terhadap peluang baharu melalui bursa tersebut, kata Abdul Wahid. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#keuntungan sebelum cukai
#pelaburan
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan