awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa: Tegur Malaysian Merchant Marine

Bernama
Bernama
21/01/2013
11:56 MYT
Bursa: Tegur Malaysian Merchant Marine
Bursa Malaysia Securities Bhd pada Isnin menegur Malaysian Merchant Marine Bhd (MMM) dan empat pengarah bagi pelbagai pelanggaran pendedahan.
Ia juga mendenda empat pengarah berjumlah RM493,750.
MMM ditegur bagi kegagalannya mendedahkan dan membuat pendedahan tepat berhubung penamatan/tidak menyiapkan pemerolehan kapal tertentu dan pelanggaran pelaporan kewangan.
Keempat-empat pengarah didapati melanggar perenggan 16.11(b)/perenggan 16.13(b) Keperluan Penyenaraian Utama kerana membenarkan atau di mana mereka mempunyai alasan memperoleh pengetahuan sedemikian bahawa MMM melakukan pelanggaran berkenaan.
"Walaupun MMM telah dikeluarkan daripada senarai pada 17 Mac, 2011, pelanggaran dilakukan semasa MMM disenaraikan dalam senarai rasmi Bursa Securities," demikian menurut bursa itu dalam satu kenyataan.
Bursa Malaysia Securities melihat pelanggaran berkenaan sebagai serius kerana keperluan bagi syarikat-syarikat membuat pendedahan yang tepat pada masanya dan tepat bahan maklumat dan penyata kewangan merupakan kewajipan asas syarikat yang disenaraikan untuk memelihara dan mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Malaysian Merchant Marine
#pengarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan