Pasaran e-dagang sememangnya membantu perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk meluaskan perniagaan bagi memasuki pasaran antarabangsa, terutamanya pasaran China.

BACA: Caexpo buka peluang usahawan tempatan terokai pasaran China

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros yang turut mengakui Ekspo China Asean (CAEXPO) adalah platform terbaik untuk membantu usahawan tempatan meneroka pasaran e-dagang.

“Pasaran e-dagang ini mempunyai rangkaian yang agak kuat dan dengan kerjasama ini telah memudahkan produk dan perkhidmatan dari Malaysia untuk pasaran luar.

“Dengan rangkaian ini juga kita telah membimbing para usahawan untuk terus menjalankan pasaran menerusi pasaran e-dagang.

“Ini kerana kerjasama dengan syarikat e-dagang seperti Alibaba membolehkan produk kita menembusi pasaran antarabangsa dengan mudah dan kekal relevan di platform dalam talian itu,” katanya ketika ditemui pemberita sempena lawatan persiapan CAEXPO ke-15, di sini, pada Isnin.

BACA: Pengunduran Jack Ma tidak jejas peluang teroka pasaran e-dagang