awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley

Sinar Harian
Sinar Harian
16/08/2024
01:00 MYT
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beasley (kanan) berharap Azizulhasni diberi masa untuk menentukan hala tuju kariernya. - Foto: Majlis Sukan Negara/Sinar Harian
KETUA jurulatih skuad berbasikal trek negara, John Beasley mengakui Datuk Mohd Azizulhasni Awang bukan pelumba biasa-biasa dan masih berupaya untuk memecut pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
Beasley bagaimanapun berharap semua pihak menghormati apa sahaja keputusan Azizulhasni yang berada dalam persimpangan mengenai hasrat persaraannya.
“Secara fizikal dan mentaliti Azizulhasni masih mampu untuk ke LA28.
“Saya menyokongnya. Saya hanya mahu melihat beliau terus mencintai sukan ini dan selepas itu membantu membangunkan sukan di Malaysia,” katanya.
Jurulatih dari Australia itu turut mendedahkan mengenai impian anak didiknya itu untuk menikmati perlumbaan keirin di Jepun.
“Harus diingat beliau sudah memikul tanggungjawab negara selama 19 tahun. Semua orang harus memikirkan mengenai aspek ini dan biarkan beliau menikmati perlumbaan (lain) buat seketika.
“Beliau tidak pernah dapat menikmati perlumbaan sejak 10 tahun kebelakangan ini kerana sering berada di bawah tekanan begitu tinggi.
“Beliau tidak pernah berpeluang ke (siri) perlumbaan keirin di Jepun dan itu adalah (antara) hasratnya,” ujar Beasley.
Impian emas Azizulhasni pada Sukan Olimpik 2024 di Paris baru-baru ini tidak kesampaian.
Ia setelah penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dalam acara keirin dibatalkan selepas beliau didapati memintas pacer ketika menuju garisan permulaan.
Azizulhasni sebelum ini memberi bayangan Olimpik Paris sebagai yang terakhir dan kemudian sedia mempertimbangkan semula setelah berbincang bersama keluarga serta ibunya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#John Beasley
#Sukan Olimpik Los Angeles 2028
#bersara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan