KUALA LUMPUR: Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21), salah sebuah persidangan dalam talian terbesar di Malaysia, bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada tarikh 22-24 Oktober 2021.

Program anjuran Be-Hartawan, bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), CGS-CIMB Securities, TERAJU dan Luno; akan menampilkan berpuluh-puluh speaker hebat tanah air bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Para peserta akan belajar bagaimana untuk membentuk minda yang berjaya, bagaimana untuk memulakan perniagaan (online & offline), melabur dalam pelbagai instrumen kewangan (saham, unit amanah, hartanah, mata wang kripto), mengurus kewangan peribadi dan melindungi kekayaan (takaful, hibah, wasiat).

Di antara tokoh-tokoh hebat yang bakal menghiasi CKS21 adalah seperti:
CKS21 mengalu-alukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dari muda sehingga ke tua, bagi mewujudkan komuniti yang mempunyai mindset yang positif, bantu-membantu di antara satu sama lain, dan meningkat tahap celik kewangan secara keseluruhannya.

Persidangan dalam talian ini dijadualkan berlangsung dari 9 pagi sehingga ke waktu malam sepanjang tiga hari tersebut. Ianya merupakan pentas terbesar yang menampilkan pelbagai speaker dan topik yang menarik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang diadakan bersempena dengan CKS21 ini: termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt bakal dimenangi oleh para peserta yang kreatif dan bertuah.

Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit

Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021 ini. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.

Mengenai Be-Hartawan

Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat.

Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.