awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menjelang konsert mega, Ella fokus vokal, kesihatan dan rehat
Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi
Indonesia adakan sidang Isbat 17 Feb, tentukan permulaan Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan

Agensi
Agensi
30/01/2026
06:30 MYT
CEO Bursa Saham Indonesia Iman Rachman letak jawatan
Iman Rachman berkata, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap situasi tersebut dan berharap peletakan jawatannya dapat membantu memulihkan keyakinan pelabur. - Gambar/ Reuters
JAKARTA: Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Saham Indonesia, Iman Rachman, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa Jumaat, lapor Reuters.

Ringkasan AI
  • Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Saham Indonesia, Iman Rachman, mengumumkan peletakan jawatan susulan kejatuhan lebih AS$80 bilion nilai pasaran saham negara itu dalam dua hari.
  • Kejatuhan pasaran berpunca daripada kebimbangan terhadap ketelusan, struktur pemilikan saham, dan kecairan pasaran, disebabkan oleh isyarat kemungkinan penurunan taraf Indonesia oleh MSCI.
  • Peletakan jawatan Iman Rachman dilihat sebagai langkah penetapan semula untuk memulihkan keyakinan pelabur dan memperbaiki pasaran modal Indonesia, walaupun sentimen pelabur masih rapuh disebabkan kebimbangan terhadap dasar fiskal dan campur tangan politik.

Keputusan tersebut dibuat susulan kejatuhan mendadak pasaran saham negara itu yang menyaksikan lebih AS$80 bilion (sekitar RM370 bilion) nilai pasaran lesap dalam tempoh dua hari.
“Saya berharap ini adalah keputusan terbaik untuk pasaran modal. Semoga peletakan jawatan saya membawa kepada penambahbaikan pasaran modal kita," katanya semasa sidang media di sini hari ini.
Kejatuhan itu tercetus selepas penyedia indeks global, MSCI, memberi isyarat kemungkinan Indonesia diturunkan taraf daripada status pasaran membangun kepada pasaran frontier.
Ia susulan kebimbangan terhadap tahap ketelusan, struktur pemilikan saham serta kecairan pasaran.
Walaupun Indeks Komposit Jakarta diniagakan mendatar hari ini selepas pihak berkuasa mengumumkan langkah-langkah penstabilan, indeks penanda aras itu sebelum ini merosot lebih lapan peratus pada Rabu dan Khamis, mencatatkan kejatuhan dua hari terburuk sejak April lalu.
Tekanan turut dirasai mata wang rupiah yang diniagakan sekitar 16,800 berbanding dolar Amerika Syarikat, selepas mencecah paras terendah rekod minggu lalu, mencerminkan aliran keluar modal asing yang semakin ketara.
Iman Rachman dalam kenyataannya berkata, beliau mengambil tanggungjawab penuh terhadap situasi tersebut dan berharap peletakan jawatannya dapat membantu memulihkan keyakinan pelabur serta membuka ruang pembaharuan dalam pasaran modal Indonesia.
Penganalisis melihat langkah itu sebagai satu bentuk penetapan semula, di mana krisis ini memberi peluang kepada bursa dan pengawal selia untuk memperkukuh piawaian tadbir urus, termasuk cadangan meningkatkan keperluan free float kepada 15 peratus dan menilai semula struktur pemilikan saham.
Bagaimanapun, sentimen pelabur kekal rapuh ketika kebimbangan berterusan terhadap dasar fiskal kerajaan serta campur tangan politik dalam institusi kewangan.
Data menunjukkan pelabur asing telah menjual bersih saham bernilai AS$645 juta dalam tempoh dua hari, menandakan cabaran besar yang masih perlu ditangani untuk memulihkan keyakinan pasaran.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#ekonomi Indonesia
#pasaran saham indonesia
#Iman Rachman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan