awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat mangsa bot candat sotong terbalik di Pulau Rebak ditemui selamat
PM Anwar luang satu jam tinjau persiapan Thaipusam di Batu Caves
Pelakon Redza Rosli dan Bella Hanna selamat timang cahaya mata lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi

Asyraf Malik
Asyraf Malik
30/01/2026
08:17 MYT
Jemaah Menteri tidak campur tangan siasatan kes rasuah - Fahmi
Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jemaah Menteri tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan berkaitan kes rasuah, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya tindakan kepada pihak penguatkuasaan bagi memelihara prinsip ketelusan dan integriti perkhidmatan awam.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata tindakan yang sedang diambil oleh agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bebas daripada sebarang pengaruh politik atau tekanan badan eksekutif.
“Di pihak Jemaah Menteri, kita tidak campur tangan dalam isu ini. Kita serah sepenuhnya kepada badan penguatkuasaan untuk ambil tindakan.
"Semua tindakan antaranya melibatkan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Alam Sekitar adalah di bawah kapasiti SPRM selaku badan penguatkuasaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Kementerian Komunikasi, di sini pada Jumaat.
Beliau seterusnya menyentuh peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar aspek penguatkuasaan dan tadbir urus diberi perhatian serius.
"Kalau kita lihat beberapa tindakan oleh badan penguatkuasaan ini menunjukkan gambaran sikap (dalam intitusi awam) yang tidak begitu membantu. Itu menghakis keyakinan rakyat.
"Peringatan Perdana Menteri itu turut disusuli penegasan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar agar semua ketua setiausaha kementerian memperkemas aspek integriti bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," ujar Fahmi.
Sebelum ini dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Setiausaha Negara menegaskan perkhidmatan awam tidak akan berkompromi terhadap mana-mana penjawat awam yang didapati bersalah melakukan salah guna kuasa, rasuah atau pelanggaran tatakelola.
Topic Berkaitan
#Datuk Fahmi Fadzil
#salah guna kuasa
#Rasuah
#Menteri Komunikasi
#terkini
#jemaah menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan