awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
14/03/2023
10:53 MYT
CEO Chatime Malaysia, Aliza Ali, dilirik Bursa Saham Hong Kong
Pemilihan Aliza itu juga seiring dengan kemajuan jenama minuman terkemuka itu dengan pengenalan pelbagai produk baharu buat pelanggan. - Instagram alizaaliofficial
KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai penyampai di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) hari ini.
Ini juga seiring dengan kemajuan jenama minuman terkemuka itu dengan pengenalan pelbagai produk baharu buat pelanggan.
“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.
"Saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga.
"Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad," katanya dalam kenyataan media.
View this post on Instagram
A post shared by Aliza Ali: Chatime (@alizaaliofficial)
Beliau berkata, pengiktirafan ini membuktikan bahawa segala cabaran dapat diatasi dengan kerja keras dan fokus yang berterusan.
Ini sekali gus menjadikan beliau wanita Malaysia pertama yang dijemput ke HKEX.
Pencapaian itu antara lain juga membuktikan satu kejayaan yang dilakar oleh anak tempatan di peringkat antarabangsa dengan membariskan nama negara sebaris dengan jenama terkemuka seperti AliBaba dan Yum China (KFC & Pizza Hut).
Bermula pada tahun 2011 dengan hanya dua cawangan, kini jenama berkenaan terus berkembang dengan mempunyai lebih daripada 100 cawangan.
Dalam pada itu, Chatime turut memperkenalkan tiga lagi jenama terbaharu iaitu Hello - Frozen Yogurt, Hotbox - Sausage & Fries dan GoBerry, minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran Indonesia dan Singapura.
Topic Berkaitan
#Chatime
#Aliza Ali
#Hong Kong
#HKEX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan