CEO OpenAI Sam Altman memaklumkan pihaknya telah menambah baik model kecerdasan buatan GPT-4, di mana kini ia akan memberikan output dan maklum balas lebih baik, serta pada masa yang sama, “kurang malas” berbanding sebelum ini.

Perkongsian ini hadir selepas beberapa minggu lepas, ramai yang membuat aduan kepada pembangun ChatGPT berkenaan, menyatakan model GPT-4 menjadi semakin "malas" dalam memberikan maklum balas atau output.

Buat masa ini, pihak OpenAI tidak memaklumkan apakah yang membawa kepada “kemalasan” berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, ia masih sukar untuk mengetahui dan meramalkan kelakuan sesuatu model kecerdasan buatan.

Perkara ini turut bergantung kepada input dan juga proses melatihnya.

Bagi anda yang sering menggunakan GPT-4, adakah anda dapat merasakan yang model ChatGPT berkenaan kini berfungsi dengan lebih baik berbanding sebelum ini?