OPENAI menjadi sebuah lagi syarikat yang akan mula menyokong sistem tera air C2PA yang akan memudahkan proses mengenalpasti imej yang dijana oleh AI generatif.

Syarikat berkata imej yang dijana menerusi ChatGPT dan API yang menggunakan DALL-E 3 akan mempunyai data bena yang dibenamkan serta tera air yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia.

Apabila perisian pengesahan identiti imej digunakan, kesemua maklumat mengenai bila imej dijana dan kecerdasan buatan yang digunakan boleh diperoleh dengan mudah.

Ikon CR yang menjadi penanda imej menyokong pengesahan C2PA juga boleh dilihat dengan jelas.

Pengumuman OpenAI hadir pada hari yang sama Meta menyatakan mereka akan mula melabel imej janaan AI dalam Facebook, Instagram dan Threads

Coalition for Content Provenance and Authenticity (C2PA) adalah usahasama Adobe, Microsoft, Nikon, Leica, Camera Bits, Truepic, dan banyak lagi untuk mewujudkan piawaian mengenal pasti imej yang telah dimanipulasi secara digital sejak 2020. -Amanz