INTERNATIONAL
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Februari 2024.
Hubungan perniagaan, pelaburan dan perdagangan antara perusahaan di Malaysia dan Indonesia boleh ditingkatkan lagi.
Polis Republik Indonesia tidak melarang mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 untuk berdemonstrasi di jalanan.
Timbalan wakil tetap Afrika Selatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Marthinus van Schalkwyk pada Selasa menyuarakan kebimbangan berhubung serangan Israel ke atas Rafah yang menempatkan lebih sejuta orang yang mencari tempat perlindungan.
Doctors Without Borders (MSF) menyuarakan kebimbangan terhadap situasi terkini di Hospital Nasser di Khan Younis ketika tentera Israel terus melakukan pengepungan dan pengeboman.
Kumpulan pejuang Hezbollah Lubnan tegaskan, serangan rentas sempadan terhadap Israel hanya akan berakhir apabila pencerobohan Zionis di Gaza tamat.
Sebuah kapal hospital tentera laut Indonesia yang terlibat dalam misi kemanusiaan Egyptian Port Visit Task Force 2024 , selamat tiba di Pelabuhan El-Arish, Mesir pada Selasa dengan membawa bantuan penting untuk mangsa konflik di Gaza.
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dan sekutunya mengumumkan mereka akan bersama-sama membentuk kerajaan campuran, menamatkan ketidaktentuan sejak minggu lalu apabila tiada parti memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya Parlimen.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengecam pandangan yang dinyatakan oleh seteru Pilihan Raya 2024, Donald Trump.
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 10 lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh bilik kecemasan (ER) di sebuah hospital di Austin, Texas, pada Selasa.
Chatbot iaitu ChatGPT tidak lama lagi berupaya menyimpan maklumat dan data mengenai penggunanya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami