Syarikat pembekal bahan binaan, Chin Hin Group Berhad akan mengembangkan syarikatnya dari segi kemudahan pengeluaran sedia ada.
Menurut Pengarah Urusannya Chiaw Haw Choon, dengan jumlah pesanan pada RM117 juta buku tempahan sedia ada, beliau yakin syarikatnya akan terus berkembang untuk sekurang-kurangnya tempoh dua tahun akan datang.
Choon berkata, kapasiti pengeluarannya bagi G-Cast Concrete akan ditingkatkan kepada 67,500 metrik tan setahun dan bagi Starken AAC akan ditingkatkan kepada 600,000 metrik tan.
Proses pengembangan akan bermula pada separuh pertama tahun ini dan dijangka siap pada hujung tahun.
"Pelan masa depan kami akan difokuskan untuk sektor pembuatan kami. Kami berbangga apabila diseneraikan pada waktu ketika ini di mana kapasiti kami berjalan dengan penuh.
"Kesemua hasil daripada penyenaraian ini akan menyokong sektor pembuatan kami untuk membeli mesin baru, Starken AAC dan G-Cast Complete," katanya selepas majlis penyenaraian Chin Hin di Bursa Malaysia pada Selasa.
Kumpulan Chin Hin mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Selasa pada harga RM81 sen, dengan premium RM0.17 sen.
Sejumlah 12.1 juta saham diurusniagakan pada pembukaan, manakala volum dagangan awal adalah sebanyak 8,062,900.
Syarikat itu yang meraih RM41 juta menerusi Tawaran Awam Permulaan, akan menggunakan RM15 juta daripada keuntungan (IPO) itu untuk meluaskan perniagaan konkrit di Bukit Serendah, Selangor, selain kemudahan autoklaf pengudaraan konkrit berdekatan.
"Baki keuntungan akan digunakan untuk kegunaan berbeza yang merangkumi, RM50 juta untuk pembelian peralatan baru, RM50 juta untuk membayar balik pinjaman bank, RM7 juta untuk modal kerja dan RM4 juta untuk perbelanjaan penyenaraian," jelas Choon.
Tambahnya beliau menjangkakan penyenaraian ini akan mengukuhkan kedudukan kewangan syarikat bagi memudahkan rancangan pengembangan untuk perniagaan semasa selaras dengan model perniagaan kumpulan.
"Ini merupakan satu langkah untuk syarikat ini merealisasikan pelan perniagaan kami yang mempunyai objektif untuk meletakkan Chin Hin sebagai pemimpin industri dalam bahan binaan,
"Kebanyakan bahan mentah kami adalah dari sumber tempatan. Kita tidak terjejas dengan kejatuhan nilai mata wang dan kesannya amat minimum kepada kos buruh," katanya.
IPO ini melibatkan terbitan awam dan tawaran untuk jualan pada 63.20 juta saham baru dan 65 juta saham sedia ada, menjumlahkan kepada 128.2 juta saham pada harga terbitan RM0.65 sen sesaham.
Malik Ridhwan
Tue Mar 08 2016
Kumpulan Chin Hin mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Selasa, 8 Mac 2016. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.