awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sedia kukuhkan jajaran strategik dengan ASEAN, GCC

Bernama
Bernama
27/05/2025
15:30 MYT
China sedia kukuhkan jajaran strategik dengan ASEAN, GCC
Li turut memuji Anwar kerana mengambil inisiatif mengadakan sidang kemuncak tiga hala itu dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha dan pengaturan yang bertimbang rasa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: China sudah bersedia untuk mengukuhkan penjajaran strategik dengan ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) bagi meningkatkan potensi pembangunan dan ekonomi antara mereka.
Perdana Menteri China Li Qiang berkata dengan gabungan populasi dan agregat ekonomi kira-kira satu perempat daripada jumlah dunia, perkongsian China-ASEAN-GCC mempunyai potensi yang cukup baik dan mereka boleh membina model keterbukaan merentas wilayah.
Beliau berkata ketiga-tiga pihak mesti kekal komited terhadap keterbukaan serantau, berusaha untuk menyepadukan pasaran ke dalam pasaran mega kongsi dengan sumber, teknologi dan bakat mengalir dengan lebih cekap, dan perdagangan serta pelaburan lebih bebas dan mudah.
"Dengan menghubungkan sepenuhnya tiga pasaran ini, kita boleh menjana potensi pembangunan yang lebih besar dan mencapai skala ekonomi yang lebih ketara," katanya pada Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang diadakan buat pertama kalinya si sini hari ini.
Beliau juga berharap dengan rundingan peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (FTA) 3.0 kini selesai, semua pihak akan segera memuktamadkan rundingan FTA dengan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), untuk meningkatkan kerjasama perdagangan tiga hala.
Li berkata melalui hubungan dan kerjasama yang lebih erat, ketiga-tiga pihak boleh mewujudkan integrasi organik sumber, pembuatan dan pasaran, menghasilkan kitaran ekonomi yang dinamik dan hab pertumbuhan.
"Ini sangat penting bukan sahaja untuk kemakmuran ekonomi di rantau kita sendiri tetapi juga untuk keamanan dan pembangunan di seluruh Asia dan dunia.
"Kita harus merebut peluang bersejarah ini, memperkayakan kandungan kerjasama tiga hala secara berterusan, dan berusaha untuk menjadikannya model kerjasama dan pembangunan global pada zaman kita," katanya.
Li turut memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengambil inisiatif mengadakan sidang kemuncak tiga hala itu dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia atas usaha dan pengaturan yang bertimbang rasa.
Beliau berkata dalam konteks global semasa, yang menampilkan kegawatan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, pewujudan sidang kemuncak sebagai platform untuk komunikasi dan kerjasama, adalah inovasi utama dalam kolaborasi ekonomi serantau.
"Ini bukan sahaja meneruskan legasi sejarah, tetapi juga menyahut seruan zaman," katanya.
Menurut statistik, gabungan ekonomi ASEAN, GCC, dan China kini mencecah hampir USD25 trilion (USD1=RM4.21), dengan populasi lebih dua bilion orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak
#ASEAN
#pelaburan
#Organik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan