Penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini tidak perlu membayar sewa selama enam bulan, bermula April ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini, beliau berkata, kos sewaan sebanyak RM3 juta tersebut akan ditanggung oleh kerajaan.
“Pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
“Bagi unit sewa untuk milik pula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selama enam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulan April hingga September 2020,” katanya lagi.
BACA: COVID-19: Pelajar di semua institusi pengajian tinggi terima RM200 - Muhyiddin
“Bagi Perumahan Awam pula, Muhyiddin berkata, DBKL akan memberi pengecualian yang sama, yang memanfaatkan lebih 40,000 penyewa.
“Saya menyeru kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supaya memberikan pengecualian yang sama bagi meringankan beban penghuni PPR di negeri masing-masing,” katanya lagi.
Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.
“Ini termasuk semua premis milik agensi dan Badan Berkanun Kerajaan Persekutuan. Saya juga menggesa agar Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan GLC memberikan pengecualian yang sama,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Mar 27 2020

Kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaan selama enam bulan untuk semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain. - Foto Astro AWANI

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat
Kawalan serta pemantauan bagi SOP di Bazar Ramadan membabitkan sebanyak 110 gerai itu, dijalankan pihak berkuasa terdiri dari Rela dan polis.

Pelumba PYSRT harap tuah menyebelahi mereka di Portimao, Portugal
MotoGP 2021 yang bersambung semula selepas berehat seminggu diharap memberikan peluang kepada Morbidelli dan Rossi meningkatkan prestasi.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

Ramadan: Hanya tiga lokasi dibenar agih makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur
Lokasi berkenaan adalah Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang; Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku dan Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit

Ecofirst ambil alih simpanan tanah di pinggir pusat bandar KL dengan GDV RM1.2 bilion
Ia sejajar usaha pengembangan kumpulan untuk terus meningkatkan kehadirannya dalam industri pembangunan hartanah dengan meningkatkan simpanan tanah di kawasan Lembah Klang.

Pembangunan RoL 2.0 sedang diteliti - Annuar Musa
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti untuk meneruskan Program Sungai Nadi Kehidupan (RoL), agar sungai di ibu kota kekal bersih dan indah setanding dengan negara-negara maju.

Flat Sri Labuan akan dirobohkan, rumah mampu milik akan dibangunkan di tapak asal
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak berkaitan kini sedang merancang untuk membina rumah mampu milik di tanah berkenaan.

Pasar Dato Keramat: 46 peniaga terjejas akan terima tapak baharu
Pembinaan semula itu akan melibatkan kerja pembaharuan sistem perparitan, pengudaraan dan fasiliiti lebih selesa.

Tragedi kren SUKE: Punca kejadian masih dalam siasatan - CIDB
Kontraktor yang didapati gagal mematuhi keselamatan boleh dikenakan denda lebih RM500,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Peniaga harap deretan kedai terbakar di Pasar Dato Keramat, dibangunkan semula
Mereka rayu ia dilaksanakan dengan kadar segera kerana lokasi itu adalah merupakan tempat mereka mencari rezeki.

Kerajaan komited fokus usaha kurangkan kadar kemiskinan - Mustapa
Mustapa berkata, usaha itu akan dilakukan menerusi kajian lapangan secara langsung bagi mendapatkan data yang tepat dan berkesan.

DBKL, Imigresen gempur peniaga warga asing di Plaza Low Yat
Sebanyak 10 premis dikenal pasti menggunakan khidmat pekerja asing tanpa kebenaran sah.

Kerajaan bincang dengan DBKL urus vaksinasi COVID-19 buat gelandangan - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata pihaknya masih merangka mekanisme tersebut termasuk kepada kumpulan pelarian dan pekerja asing tidak berdokumen.