awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Bursa Malaysia dijangka hadapi tekanan jualan pada pembukaan minggu

Isabelle Leong
Isabelle Leong
04/01/2021
03:30 MYT
COVID-19: Bursa Malaysia dijangka hadapi tekanan jualan pada pembukaan minggu
Saham sektor IT dan kesihatan akan terus menjadi industri yang menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Bursa tempatan dijangka menerima tekanan jualan saham pada pembukaan minggu pertama tahun 2021.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Nazarry Rosli berkata ia susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 sejak kebelakangan ini.
“Kami menjangkakan Bursa sedikit sebanyak akan menerima tekanan jualan disebabkan peningkatan kes COVID-19.
“Dari segi indeks, kami menjangkakan ia akan menghadapi sedikit tekanan pada pembukaan hari ini dan dalam minggu ini,” kata Nazarry dalam temu bual bersama Niaga AWANI pada Isnin.
Katanya, saham sektor teknologi dan kesihatan akan terus menjadi industri yang menjadi tumpuan pada minggu ini.
“Saya masih melihat sektor IT mungkin masih menjadi tumpuan kepada pelabur runcit dan institusi, termasuk juga sektor kesihatan iaitu sarung tangan.
“Ia masih juga menjadi tumpuan kepada pelabur untuk membeli, terutamanya saham-saham yang berkaitan sarung tangan ini telah jatuh agak kuat.
“Pelabur mungkin melihat ini sebagai peluang untuk membeli ketika harga rendah,” katanya.
Bagamainapun, beliau melihat perkembangan politik tanah air akan terus mempengaruhi prestasi Bursa Malaysia.
“Pasaran saham seperti apa yang kami utarakan, memang sangat tidak suka akan ketidakpastian.
“Jadi dalam kes ini, perkembangan politik tanah air memang sedikit sebanyak mengganggu sentimen pelabur.
“Pelabur memang tidak suka akan ketidakpastian dan isu politik akan membebani dan mengganggu sentimen pasaran di Bursa Malaysia,” jelasnya.
Pada Ahad, UMNO tetap bertegas agar Pilhan Raya Umum ke-15 disegerakan bagi membentuk semula kerajaan yang stabil meskipun ketika pandemik COVID-19.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#tekanan jualan
#pembukaan
#2021
#politik
#COVID-19
#pandemik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan