awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota

Sinar Harian
Sinar Harian
05/02/2026
20:40 MYT
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
Ahmad Mohsin (dua, kanan) pada sidang akhbar di IPD Arau semalam. - Foto Sinar Harian
ARAU: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dinaiki dua suspek pecah rumah dan curi kereta selepas mereka bertindak nekad cuba melanggar anggota bertugas dalam kejadian di pekarangan Café Kesenai, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Arau pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, suspek enggan memberi kerjasama ketika diarahkan keluar dari kenderaan sebelum memecut ke hadapan dan cuba melanggar anggota polis.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, tindakan melepaskan tembakan dilakukan secara terkawal dan tertumpu pada tayar kenderaan bagi menghalang cubaan melarikan diri.
“Tembakan mengenai tayar hadapan kanan dan kiri, namun suspek tetap melarikan diri hingga ke kawasan Taman Bersatu, Jalan Batas Liku, kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di sini semalam.
Ahmad Mohsin berkata, hasil operasi itu seorang suspek lelaki berjaya ditahan manakala seorang lagi melarikan diri ke kawasan semak sebelum ditahan di sekitar Santan, Kangar.
Menurutnya, susulan penahanan tersebut, polis turut menahan seorang wanita di sebuah rumah di Jalan Santan pada jam 12.45 pagi kerana dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.
"Pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemui sarung pistol hitam, enam kelongsong peluru dan serpihan anak peluru.
Turut dirampas sebuah kereta Perodua Kelisa, telefon bimbit, anak kunci, televisyen serta mesin pemotong kayu," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307/186 Kanun Keseksaan, Seksyen 457 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polis tembak tayar kereta
#Ahmad Mohsin Md Rodi
#UiTM Arau
#suspek pecah rumah cuba langgar anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan