awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab

UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi

Bernama
Bernama
05/02/2026
20:50 MYT
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Simptom keracunan makanan oleh Bacillus cereus dan toksin cereulide biasanya muntah, tetapi boleh juga termasuk sakit perut dan cirit-birit. - Freepik/Gambar hiasan
LONDON: Sebanyak 36 laporan klinikal diterima mengenai kanak-kanak yang mengalami simptom konsisten dengan keracunan toksin berkaitan penarikan balik susu formula bayi baru-baru ini, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) pada Khamis, lapor PA Media/dpa.
UKHSA menyatakan agensi itu bersama agensi rakan kongsi menerima 24 notifikasi di England, tujuh di Scotland, tiga di Wales, satu di Ireland Utara dan satu dari kawasan Crown Dependencies mengenai kanak-kanak yang meminum susu yang terlibat dan mengalami simptom.
Pada 5 Jan, Agensi Piawaian Makanan (FSA) mengesahkan yang Nestle sedang melaksanakan penarikan balik berwaspada beberapa kumpulan produk 12 SMA Infant Formula dan Follow-On Formula di UK kerana kemungkinan kandungan toksin cereulide.
Penarikan balik ini dikemas kini dengan tarikh luput produk baru pada 9 Januari.
Pada 24 Jan, Danone, satu lagi pengedar susu formula bayi yang diedarkan secara meluas menarik balik satu kumpulan susu Aptamil First Infant Formula kerana pencemaran cereulide.
Didapati minggu lepas yang pencemaran yang menyebabkan kedua-dua penarikan balik ini berpunca daripada pembekal bahan pihak ketiga yang sama.
FSA menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang produk terjejas agar berhenti menggunakannya, beralih kepada alternatif lain dan berjumpa doktor sekiranya bayi mereka meminum susu berkenaan.
Jika susu formula itu adalah berpreskripsi ibu bapa dinasihatkan berunding dengan ahli farmasi atau doktor sebelum menukar kepada produk lain, kata FSA.
Bacillus cereus ialah sejenis bakteria pembentuk spora yang boleh mencemari pelbagai produk makanan dan apabila ia berkembang, sesetengah jenisnya boleh menghasilkan toksin cereulide, menurut UKHSA.
Simptom keracunan makanan oleh Bacillus cereus dan toksin cereulide biasanya muntah, tetapi boleh juga termasuk sakit perut dan cirit-birit.
Simptom biasanya muncul dengan cepat, antara 15 minit hingga enam jam selepas pengambilan dan biasanya hilang dalam 24 jam selagi tiada pendedahan berterusan kepada toksin.
Pengambilan toksin jarang menyebabkan penyakit yang lebih serius, namun beberapa kes kecederaan hati atau buah pinggang, kerosakan otot dan kegagalan pelbagai organ pernah dilaporkan, menurut UKHSA.
Individu yang berisiko tinggi mengalami komplikasi termasuk kanak-kanak kecil dan mereka yang lemah sistem imun.
FSA sedang meneruskan siasatan mengenai sumber penyebab pencemaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#susu formula bayi
#keracunan
#toksin
#United Kingdom
#tarik balik produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.