Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dijadual untuk dimeterai di Chile pada 8 Mac ini susulan kejayaan kesemua negara anggotanya mencapai persetujuan dalam empat isu-isu khusus negara, termasuk kepentingan Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun berkata tarikh itu perlu mendapat pengesahan rasmi kesemua menteri negara CPTPP.
"CPTPP akan mendatangkan manfaat kepada negara ini dari segi memperluaskan lagi pilihan terhadap barangan dan perkhidmatan di pasaran kita," katanya.
Mustapa berkata Malaysia menjangkakan lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan hasil pelaburan berikutan peningkatan dagangan dan persekitaran pelaburan di bawah CPTPP.
"Kita berpuas hati dengan hasil mesyuarat ini dan para perunding (kita) sekali lagi berjaya mempertahankan kepentingan Malaysia," katanya.
Mustapa berkata, beliau akan membentangkan hasil mesyuarat itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan serta menyambung semula proses penglibatan dengan pihak berkepentingan apabila mendapat kelulusan Kabinet.
Untuk rekod, ketua perunding 11 negara anggota CPTPP bertemu di Tokyo selama dua hari bermula 22 Januari lepas sebagai susulan mesyuarat peringkat menteri di Da Nang, Vietnam pada 10 Nov, 2017.
Mesyuarat Tokyo itu disifatkan berjaya selepas kesemua negara anggotanya mencapai persetujuan dalam empat isu khusus negara seperti syarikat milik kerajaan termasuk permintaan Malaysia membabitkan kelonggaran tambahan untuk melaksanakan pembelian pilihan bagi sektor huluan minyak dan gas.
Ini menyentuh komitmen untuk mengehadkan tempoh peralihan yang bermula dari tarikh ia berkuat kuasa berbanding tarikh pemeteraian sebagaimana diamalkan sebelum ini.
Perkara lain membabitkan akses pasaran bagi industri arang batu, sekatan dagangan berhubung penyelesaian pertikaian serta pengecualian bagi industri kebudayaan.
"Isu-isu ini sepatutnya diselesaikan lebih lewat lagi," katanya.
Jelas Mustapa, sebelum mesyuarat Tokyo, sebanyak 20 peruntukan yang sepatutnya ditangguhkan di bawah CPTPP iaitu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat sehingga kesemua negara anggotanya bersetuju untuk menarik balik keputusan penangguhan itu.
"Mesyuarat Tokyo itu juga bersetuju untuk menambah dua lagi perkara menjadikan 22 penangguhan dalam senarai itu. Salah satunya berhubung kelonggaran tambahan untuk Malaysia dalam sektor minyak dan gas (yang dinyatakan di atas) selepas usaha gigih kumpulan perunding kita bagi mempertahankannya. Perkara lain membabitkan akses pasaran untuk industri arang batu Brunei," katanya.
Teks bahasa Inggeris perjanjian itu telah diperhalusi dan akan dikeluarkan selepas pengesahan teks bahasa Perancis dan Sepanyol yang dijangka beberapa minggu lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2018
Mustapa berkata Malaysia menjangkakan lebih banyak pekerjaan dapat diwujudkan hasil pelaburan berikutan peningkatan dagangan dan persekitaran pelaburan di bawah CPTPP. - Gambar fail
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Sarawak kaji teknologi baharu bagi capai sasaran penjanaan tenaga - Abang Johari
Kerajaan Sarawak sedang mengkaji pelbagai teknologi baharu yang dapat menjana lebih banyak sumber tenaga boleh baharu (TBB) untuk mencapai sasaran menghasilkan 10 gigawatt (GW) tenaga menjelang 2030.
Bank Malaysia dana projek loji jana kuasa arang batu di Vietnam?
Proses pengumpulan dana sehingga AS$2.68 bilion (RM12.64 bilion) adalah 'salah satu yang terbesar seumpamanya yang dikumpul oleh bank Malaysia untuk projek luar negara'.
Malaysia digesa manfaatkan dana JETP untuk henti guna arang batu
Malaysia perlu mempertimbangkan mekanisme kewangan Perkongsian Peralihan Tenaga Adil (JETP) untuk memacu matlamat menghentikan penggunaan arang batu dan mengurangkan pergantungan bahan api fosil.
China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.
Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.
Tokyo tidak import minyak Rusia pada September, import susut 59.9 peratus pada separuh pertama
Import arang batu Rusia ke Jepun turun 82 peratus pada September dan 45.6 peratus dalam tempoh yang sama.
Peralihan tenaga tidak dapat dielakkan, penting untuk menjamin keselamatan tenaga
TNB merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielak, pertimbangkan subsidi bersasar - Ahli ekonomi
Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan, kata ahli ekonomi.
Kos jana elektrik meningkat 45% susulan peningkatan harga arang batu
Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberi rebat untuk pengguna domestik bagi tempoh Februari sehingga Jun 2022.