KUALA LUMPUR: Dengan penyertaan United Kingdom (UK) dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), pengeksport Malaysia akan mendapat manfaat daripada akses keutamaan tambahan ke pasaran UK, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata selepas pelaksanaan perjanjian itu, UK akan memansuhkan duti import untuk pelbagai produk termasuk minyak sawit, koko, getah, elektrik dan elektronik serta bahan kimia, yang mempunyai kepentingan eksport yang penting kepada Malaysia.
"Penyertaan UK dalam CPTPP akan membuka peluang baharu kepada perniagaan Malaysia serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya melalui saluran sumber yang lebih luas untuk bahan pada harga yang kompetitif, serta bantuan teknikal dan program pembinaan kapasiti, yang akan terus memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan mengukuhkan rantaian bekalan serantau.
"Dengan hubungan perdagangan dan pelaburan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan UK, keahlian dalam CPTPP akan meningkatkan lagi hubungan rapat ini dan menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih baik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, UK memuktamadkan rundingan perdagangan dengan negara anggota untuk menyertai CPTPP selepas 21 bulan rundingan.
BACA: Langkah UK sertai CPTPP akan tingkatkan perdagangan dengan Malaysia, Indo-Pasifik
Di bawah pengumuman oleh CPTPP dan menteri-menteri UK mengenai rumusan penting rundingan penyertaan UK dalam CPTPP, semua Pihak akan berusaha ke arah memuktamadkan instrumen penyertaan yang sah, termasuk menandatangani protokol penyertaan yang dijadualkan pada suku ketiga 2023.
CPTPP ialah antara perjanjian perdagangan yang paling komprehensif pernah dimuktamadkan, memansuhkan 98 peratus tarif dalam zon perdagangan mewakili gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$13.5 trilion (US$1=RM4.413), mewakili 13.4 peratus daripada KDNK global dan jumlah penduduk lebih 500 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
TENGKU ZAFRUL: Keahlian dalam CPTPP akan meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan UK dan menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih baik. - Gambar fail
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
CPTPP bantu Malaysia raih FDI RM14.9 bilion pada suku ketiga 2023 -- Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata FDI dari Jepun meningkat sebanyak RM4 bilion manakala dari Australia naik sebanyak RM1 bilion berbanding 2022.
Banyak syarikat gagal manfaatkan pengurangan duti import CPTPP, RCEP - MITI
MITI menghadapi cabaran untuk meningkatkan kadar penggunaan atau pemanfaatan CPTPP dan RECEP oleh syarikat tempatan walaupun telah dikuatkuasakan sejak 2022.
MITI akan pastikan usahawan Bumiputera, GLC peroleh manfaat CPTPP
Pelbagai inisiatif jangka pendek dan panjang dirangka dan dilaksanakan termasuk program pembangunan pengeksport dan penggalakan eksport.
Malaysia-Vietnam akan manfaatkan RCEP, CPTPP - Tengku Zafrul
Katanya, RCEP dan CPTPP akan mempertingkatkan usaha pemulihan ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh kedua-dua negara, pascapandemik.
Industri minyak sawit Malaysia akan raih manfaat penyertaan UK dalam CPTPP - Penganalisis
Industri minyak sawit Malaysia adalah antara sektor yang akan menerima manfaat daripada penyertaan UK dalam CPTPP.
Kelulusan keahlian CPTPP baharu berdasarkan konsensus - Tengku Zafrul
Kelulusan keahlian Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang baharu mesti berdasarkan konsensus.
United Kingdom kini sah sertai CPTPP, jadi FTA pertama dengan Malaysia
United Kingdom (UK) hari ini secara rasmi menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
MITI fokus integrasi PKS, ekonomi digital ke dalam rantaian bekalan global
MITI bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi PKS Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika Mesyuarat Suruhanjaya ke-7 CPTPP di New Zealand.
Penyertaan UK dalam Perjanjian Trans-Pasifik buka peluang kepada Malaysia - Fahmi
Fahmi berkata, UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.