awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Creative Creed terima anugerah BBEA, mahu tembusi pasaran Asia Barat

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2024
07:27 MYT
Creative Creed terima anugerah BBEA, mahu tembusi pasaran Asia Barat
Syaiful (tengah) menerima plak pengiktiran Business Excellence Award daripada Fadillah (kiri) baru-baru ini. - Gambar Creative Creed
KUALA LUMPUR: Kejayaan diiktiraf sebagai penerima Bumiputera Business Excellence Award menjadi pembakar semangat kepada Creative Creed Associates untuk terus berkembang maju dalam dunia perniagaan.
Pengarah Urusannya, Syaiful Bakhtiar Salim berkata, penganugerahan itu mendorong pihaknya untuk lebih komited memastikan syarikatnya mampu berdiri sama tinggi dengan syarikat lain di negara ini, malah mungkin mampu menyaingi syarikat antarabangsa.
“Saya mempunyai impian dan aspirasi untuk menjadikan syarikat ini sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan acara terkemuka di negara ini.
“Alhamdulillah, walaupun mempunyai pelbagai ranjau dan duri, kami mampu capai ke tahap ini hasil daripada kerja kuat setiap warga syarikat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Anugerah bagi kategori perniagaan pengurusan acara itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusoff di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.
Bercerita mengenai wawasan dan perancangan syarikat, Syaiful berkata dia kini sedang merangka untuk memasuki pasaran negara Asia Barat.
“Umum mengetahui bahawa negara-negara di Asia Barat sedang giat mempromosikan produk pelancongan mereka dan menganjurkan pelbagai acara bertaraf antarabangsa untuk menarik pelancong ke sana.
“Dengan itu, kami tidak mahu melepaskan peluang memasuki pasaran di sana dan saya yakin kami mampu melakukan yang terbaik, sekali gus memastikan aspirasi ini dapat dicapai,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Syaiful berkata tidak ramai bumiputera menyertai perniagaan dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan acara.
Dalam masa sama, dia juga menzahirkan penghargaan kepada agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan serta syarikat swasta yang percaya dengan perkhidmatan mereka.
Topic Berkaitan
#pelancongan
#BBEA
#pengurusan acara
#syarikat swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan