KUALA LUMPUR: CTOS Digital Bhd mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.
Sewaktu dibuka, kaunter itu menyaksikan 13.69 juta saham bertukar tangan.
Penyenaraian agensi pelaporan kredit itu menerima permintaan runcit terbesar bagi tawaran awam permulaan (IPO) sejak 2013, menerima permohonan bernilai RM1.38 bilion dengan kadar terlebih langgan sebanyak 27.6 kali daripada awam-runcit, menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Dennis Martin ketika penyenaraian IPO secara maya hari ini.
"Sokongan kukuh ini mendorong kami untuk meneruskan trajektori pertumbuhan dalam industri pelaporan kredit. Kami akan tetap berpegang teguh untuk memperluaskan perkhidmatan kami untuk seluruh kitaran pengguna, kepada syarikat besar dan PKS serta individu.
"Pada masa akan datang, kami akan terus memperluaskan penawaran produk dan jangkauan pelanggan dan menerusi pengambilalihan di rantau ASEAN," katanya.
Martin berkata sambil mengembangkan rekod prestasinya, syarikat juga akan kekal komited untuk menyeimbangkan pertumbuhan mampan dan memberi manfaat kepada pemegang saham.
Polisi dividen CTOS Digital sebanyak 60 peratus PATAMI mempamerkan ikrar ini.
Penyenaraian syarikat pada hari ini menerima jumlah pelabur institusi terbesar yang mengambil bahagian, melibatkan 23 pelabur terkenal.
Pada 10.41 pagi, saham CTOS melonjak 49 sen kepada RM1.59 dengan 211.45 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Pada 10.41 pagi, saham CTOS melonjak 49 sen kepada RM1.59 dengan 211.45 juta saham diniagakan. - Foto Bernama

Small Town Heroes ulangi kejayaan di China
Filem Small Town Heroes mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi trofi pada Festival Filem Asia Pasifik ke-60.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi semalaman Wall Street turut lemah
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.51 mata kepada 1,445.31 daripada penutupan Rabu 1,445.82.

Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu dalam persekitaran dagangan kurang menggalakkan dalam kebanyakan sesi.

Aktiviti belian pacu dagangan Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 1.69 mata kepada 1,451.15 daripada penutupan Selasa 1,449.46.

Bursa Malaysia ditutup rendah, jejaki bursa serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.37 peratus atau 5.36 mata kepada 1,451.02 daripada 1,456.38 semasa ditutup pada Jumaat.

Aktiviti pengambilan untung dorong Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) susut 0.84 mata kepada 1,455.54 daripada penutupan Jumaat 1,456.38.

Aktiviti belian saat-saat akhir dorong Bursa Malaysia ditutup meningkat
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat-saat akhir, khususnya bagi saham-saham telekomunikasi dan perbankan.

Bursa Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.13 peratus atau 1.95 mata kepada 1,446.07 daripada 1,448.02 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu
Pada 9.07 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,449.77 daripada paras 1,448.02 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia rendah susulan jualan saham wajaran tinggi, modal sederhana
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.77 mata kepada 1,448.15 daripada 1,453.92.5.77 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Untung bersih TNB turun kepada RM856.2 juta, catat hasil lebih tinggi RM13.47 bilion pada suku ketiga
Untung bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2023, merosot kepada RM856.20 juta daripada RM888.90 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.