KUALA LUMPUR: Malaysia dan Turkiye berada pada kedudukan yang baik untuk capai sasaran jumlah dagangan dua hala sebanyak AS$5 bilion sebelum akhir tahun ini, lebih awal daripada sasaran, kata Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel.
Diplomat itu berkata, tahap perdagangan semakin meningkat dengan kukuh dan di luar jangkaan.
"Pada 2024, sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara, kami membuat unjuran sebanyak AS$5 bilion," katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama baru-baru ini.
Yuksel, yang dilantik ke jawatan itu pada Jun berkata, walaupun ekonomi dunia mengalami kemerosotan akibat pandemik COVID-19 sejak 2020, hubungan komersial Malaysia-Turkiye terbukti berdaya tahan dengan jumlah dagangan dua hala meningkat sebanyak tujuh peratus.
Tempoh berikutnya menyaksikan kadar yang lebih pantas, seperti jangkaan, katanya, sambil menambah bahawa angka meningkat hampir 50 peratus pada 2021 (AS$3.54 bilion) dan pada separuh pertama 2022 (AS$2.42 bilion), menjadikan Malaysia kekal sebagai rakan dagangan terbesar Turkiye di Asia Tenggara.
Beliau berkata, kedua-dua negara telah memuktamadkan rundingan untuk meluaskan Perjanjian Perdagangan Bebas bagi meliputi perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.
"Apabila ditandatangani dan dikuatkuasakan, ia akan menjadi satu lagi rangsangan dalam hubungan perdagangan kami," katanya.
Diplomat itu yakin perjanjian pertukaran mata wang dalam mata wang tempatan akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, dengan bank pusat kedua-dua negara sedang berbincang untuk memuktamadkan perjanjian.
Selain itu, beliau yakin kedua-dua ekonomi Islam itu boleh menjalin kerjasama dalam kewangan dan perbankan Islam serta industri halal.
Yuksel juga mahu pelabur Malaysia menambah pelaburan mereka di Turkiye dalam semua bidang seperti makanan dan pertanian, pembuatan, tenaga, pengangkutan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit, teknologi dan perkhidmatan maklumat dan komunikasi.
Berdasarkan kedudukan geografi yang strategik, serta pintu masuk ke Eropah, Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika Utara, beliau berkata, keupayaan pengeluaran Turkiye yang dipertingkatkan dengan infrastruktur yang baik, menarik pelaburan langsung asing dari pelbagai bahagian dunia, termasuk Malaysia.
"Ekonomi kami yang dinamik yang meningkat lebih daripada tiga kali ganda dari 2002 hingga 2021, menjanjikan aliran peningkatan. Pasaran domestik Turkiye yang teguh dan sektor swasta yang dinamik juga mendorong pelaburan dan eksport.
"Faktor, jalinan hubungan Kesatuan Kastam kami dengan Kesatuan Eropah, yang membenarkan akses terus ke pasaran EU, juga sebagai faktor yang penting," katanya.
Negara itu juga menawarkan insentif yang lumayan dalam pelbagai cara, seperti potongan dan pengecualian cukai, sokongan latihan dengan agensi kerajaan, "Invest Turkiye", membantu pelabur sebelum, semasa dan selepas kemasukan mereka ke negara itu, kata Yuksel. - BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Malaysia dan Turkiye berada pada kedudukan yang baik untuk capai sasaran jumlah dagangan dua hala sebanyak AS$5 bilion sebelum akhir tahun ini, lebih awal daripada sasaran, kata Duta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel. - fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Turkiye sedia perkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia - Duta
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Republik Turkiye ke-101 pada Selasa (29 Oktober), negara itu menzahirkan komitmen untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia pada 2025.
Serangan udara Turkiye musnahkan 34 sasaran, 'neutralkan' ramai militan
Kementerian Pertahanan Turkiye mengumumkan pada awal Jumaat, 34 sasaran pengganas PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dimusnahkan dan sejumlah besar pengganas "dineutralkan" dalam satu operasi udara.
Turkiye ucap selamat tinggal kepada syuhada serangan pengganas dalam pengebumian rasmi
Mangsa syahid dalam serangan pengganas di ibu pejabat Turkish Aerospace Industries dikebumikan dengan sebak pada Khamis.
Pemberontak Kurdish mungkin dalang serangan Turkish Aerospace Industries - Turkiye
Pihak berkuasa Turkiye tidak tolak bahawa pemberontak Kurdish 'kemungkinan besar' berada di sebalik serangan TAI.
Fethullah Gulen yang didakwa dalang cubaan rampasan kuasa di Turkiye meninggal dunia
Gulen, menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun, meninggal dunia pada petang Ahad di sebuah hospital di Pennsylvania.
Turkiye mulakan operasi bawa keluar rakyat dari Lubnan
Dua kapal tentera laut Turkiye dijadualkan bertolak ke Beirut pada Selasa sebagai sebahagian daripada operasi berkenaan.
Turkiye bawa keluar rakyat dari Lubnan, hantar kapal tentera laut
Turkiye mengumumkan pada Selasa bahawa ia akan memindahkan rakyatnya dari Lubnan pada Rabu melalui laluan laut berikutan pengeboman Israel di negara itu yang semakin meningkat, lapor Xinhua.
UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Kesemua negara yang menyatakan sokongan kepada Resolusi Palestin yang berpandukan keputusan ICJ dan UNSC, turut melakukan tindakan sama.
DVS nafi keluarkan SKV bagi eksport produk makanan laut ke Turkiye
Ia susulan pemakluman mengenai dokumen SKV yang menggunakan nama dan cap DVS mengiringi produk makanan laut ke Turkiye.