Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Rais Yatim dijangka dihadapkan ke mahkamah esok

41659606053_TBRAISYATIM.jpg
Semakan menerusi portal e-Kehakiman mendapati nama Rais disenaraikan bagi prosiding di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pada jam 9 pagi. - Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dijangka dihadapkan ke Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, esok.

Semakan menerusi portal e-Kehakiman mendapati nama Rais disenaraikan bagi prosiding di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pada jam 9 pagi.

Rais juga dilaporkan mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi media.

Bagaimanapun, butiran pertuduhan termasuk peruntukan undang-undang yang akan digunakan terhadap beliau masih belum diketahui.

Untuk rekod, pada 5 Jun lalu, Rais dilaporkan hadir pada majlis pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka.

Rais kemudian dilaporkan memberitahu media bahawa proses berkenaan dilaksanakan mengikut adat negeri.

Bagaimanapun, kesahihan pemasyhuran tersebut kemudiannya dipertikaikan.

Dewan Keadilan dan Undang (DKU) kemudiannya menegaskan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan tiada kekosongan bagi jawatan berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement