Skip to main content
Advertisement

Malaysia

SPRM, FBI perkukuh kerjasama tangani rasuah, jenayah rentas sempadan

SPRM, FBI GANDING KEPAKARAN BANTERAS RASUAH RENTAS SEMPADAN Putrajaya, 24 September – Hubungan kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Federal Bureau of Investigation (FBI), Amerika Syarikat terus diperkukuh menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran serta pembangunan kapasiti dalam bidang penguatkuasaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, perkara berkenaan antara dibincangkan pada kunjungan hormat delegasi FBI yang diketuai Law Enforcement Attache FBI, Mr.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi FBI yang diketuai Atase Penguatkuasaan Undang-Undang FBI Varinder Singh ke Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini. - Foto Facebook SPRM
Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat terus memperkukuh kerjasama menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran serta pembangunan kapasiti dalam bidang penguatkuasaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi FBI yang diketuai Atase Penguatkuasaan Undang-Undang FBI Varinder Singh ke Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

“Kerjasama strategik dengan FBI merupakan platform penting bagi memperkukuh keupayaan penguatkuasaan menerusi perkongsian pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik, selain memberi manfaat kepada pembangunan kapasiti pegawai SPRM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Halim berkata pertemuan hampir sejam itu turut membincangkan beberapa isu operasi, termasuk rasuah yang mempunyai kaitan dengan kegiatan penipuan serta penyelarasan antara agensi penguatkuasaan dalam menangani cabaran jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata kunjungan itu turut membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk meneroka bidang kerjasama baharu yang boleh diperkasakan pada masa hadapan, khususnya dalam aspek penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pembangunan kapasiti.

“Peluang untuk menyertai pelbagai program dan latihan yang dianjurkan FBI amat bernilai dalam memperkasa pengetahuan, kemahiran profesional serta keupayaan pegawai SPRM, di samping memberi ruang kepada perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam bidang penguatkuasaan,” katanya.

Turut hadir ialah Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Y.S. Karunanithy, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM Datuk Saiful Hazmi Mohd Saad serta Penolong Atase Penguatkuasaan Undang-Undang FBI Cody Kirk.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement