Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 September 2026.

  1. RoS gantung semua aktiviti Perikatan Nasional

    RoS menjelaskan notis berkenaan bertujuan mendapatkan penjelasan daripada PN berhubung aduan yang dikemukakan oleh Bersatu.

  2. JPJ nafi dakwaan cadang benarkan etnik Rohingya ambil lesen memandu

    JPJ menjelaskan, laporan kepada MCMC telah dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan sewajarnya diambil.

  3. Bekas COO TH didakwa terima kos ubah suai tiga rumah lebih RM300,000

    Kediaman itu membabitkan di Jalan Polo Air, Shah Alam; Jalan Sepah Puteri, Kota Damansara dan Jalan USJ Height, Subang Jaya.

  4. Kes tikam pelajar: Pendakwaan rayu pembebasan remaja

    Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang melepas dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun daripada pertuduhan membunuh.

  5. MB Negeri Sembilan gesa larangan Exco masuk pejabat ditarik balik

    Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengesahkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri serta dilarang menjalankan tugas-tugas rasmi pentadbiran.

  6. PM Anwar tegaskan hubungan Malaysia-China berasas kepercayaan kukuh, puji kepimpinan Presiden Xi 

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa kepercayaan yang telah lama terbina serta keyakinan bersama menjadi asas kepada hubungan dua hala Malaysia-China, sambil menyifatkan kerjasama itu melangkaui hubungan diplomatik tradisional.

  7. Ismail perlu jelaskan siapa paksa tandatangan proklamasi - Tengku Zafrul 

    Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata persoalan itu masih belum terjawab meskipun Ismail mengeluarkan kenyataan tujuh halaman berhubung isu tersebut.

  8. MCMC alat politik? Platform tentukan kandungan diturunkan - Fahmi

    Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menolak dakwaan yang mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijadikan alat politik.

  9. Pembatalan pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan diwartakan 

    Menurut warta itu, kesemua mereka telah mengangkat serta menandatangani sumpah dan ikrar taat setia di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos lepas sebelum mengambil tempat sebagai Exco Negeri Sembilan.

  10. Rais Yatim dijangka dihadapkan ke mahkamah esok 

    Semakan menerusi portal e-Kehakiman mendapati nama Rais disenaraikan bagi prosiding di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin pada jam 9 pagi.

Must Watch Video

Advertisement