KUALA LUMPUR: Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan dana asing akan kembali memasuki pasaran Asia di masa depan, terutama pasaran sedang pesat membangun seperti Malaysia berikutan penilaian saham yang rendah, penurunan ringgit dan peningkatan ketidaktentuan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Ketua Penyelidiknya, Kenny Yee Shen Pin berkata indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian nisbah harga kepada pendapatan (PE) sebanyak 15.5 kali manakala ringgit mencecah sekitar RM4.20-RM4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini.
"Susulan ketidaktentuan di AS dan Eropah, risiko pelabur untuk terjejas juga kian ketara. Oleh itu, kami menjangkakan pelabur akan kembali beralih ke Asia yang mereka abaikan sejak tempoh pandemik pada 2020.
"Jika dilihat sebelum ini, mereka mempunyai mudah tunai yang banyak dan berdagang dengan selesa di negara asal masing-masing.
"Namun, kali ini dengan risiko tinggi di pasaran sendiri, mereka tiada pilihan kecuali kembali meninjau pasaran Asia," katanya pada sesi taklimat media secara maya mengenai Prospek Pasaran Malaysia Bagi Suku Kedua di sini, pada Jumaat.
Pasaran kewangan global berdepan kemelut kenaikan kadar faedah selain kejatuhan Silicon Valley Bank di AS dan Credit Suisse memerlukan bantuan kewangan, telah mencetuskan kebimbangan mengenai berlakunya krisis perbankan global.
Mengulas selanjutnya, Yee berkata biarpun Malaysia bukan dalam kelompok 'liga utama' bursa Asia, ia sebaliknya akan tetap menikmati beberapa impak positif apabila dana asing ini hadir semula, sekali gus meningkatkan lagi jumlah mudah tunai pasaran.
Malah, berdasarkan perkembangan di AS, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka tidak cenderung untuk menaikkan kadar faedah bagi mempertahankan ringgit.
"Kami berpendapat bahawa BNM akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 2.75 peratus tahun ini yang membolehkan aktiviti ekonomi tempatan menumpukan usaha mewujudkan kekayaan dan menarik dana asing apabila melihat berlakunya pertumbuhan.
"Apabila dana asing itu mulai masuk, dinamik tawaran dan permintaan ringgit akan pulih semula.
"Pada masa ini, ringgit diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS dan dijangka mencecah 4.20-4.10 menjelang akhir 2023. Bayangkan impak berganda yang bakal dinikmati oleh pelabur asing," katanya.
Yee berkata kalangan pelabur akan mula bertindak menyusun semula serta mempelbagaikan portfolio masing-masing khususnya dalam sektor kewangan Asia yang lebih stabil dari segi permodalan.
Justeru, beliau menasihatkan pelabur untuk mula bertumpu di bawah paras 1,400 terutama bagi saham-saham mewah susulan kedudukan sektor perbankan Malaysia yang lebih berdaya tahan dan diniagakan pada nilai yang munasabah.
Bagi suku kedua, FBM KLCI diunjur dalam jajaran 13.6 kali daripada lingkungan PE yang merupakan hampir 30 peratus di bawah paras purata rekodnya.
Prestasi Sektor
Dari segi prestasi mengikut sektor, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Thong Pak Leng menjangkakan pendapatan sektor perbankan akan meningkat memandangkan pertumbuhan pinjaman industri secara keseluruhan 4.0-4.5 peratus pada 2023.
"Margin faedah bersih (NIM) dijangka bertambah baik dan dalam keputusan korporat suku tahunan baru-baru ini, bank-bank telah memaparkan pendapatan yang berdaya tahan serta kukuh," katanya.
Sektor lain yang dijangka mencatat peningkatan termasuk telekomunikasi (telco) dan pembinaan yang sebahagian besarnya tidak mendapat perhatian dalam tempoh dua tahun lepas dan meraih pertumbuhan pendapatan yang rendah.
"Kami menjangkakan telco ini akan menyaksikan tahap pertumbuhan melepasi kira-kira 20 peratus dan sesuai bagi tujuan pembelian.
"Bagi pembinaan, kami berpendapat bahawa kerajaan mungkin mahu meningkatkan lagi pertumbuhan sektor ini berdasarkan tindakan menambah perbelanjaan bagi projek pembangunan dan infrastruktur di bawah Belanjawan 2023 (sebanyak RM97 bilion berbanding RM95 bilion sebelum ini)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Ketua Penyelidik Rakuten Trade berkata, biarpun Malaysia bukan dalam kelompok 'liga utama' bursa Asia, ia akan tetap menikmati beberapa impak positif apabila dana asing hadir semula. - Foto Astro AWANI

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Dagangan bursa meningkat pada sesi awal urus niaga, sentimen bertambah baik
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.4 mata kepada 1,413.49 daripada 1,409.09 semalam selepas dibuka rendah pada paras 1,407.48, turun 1.61 mata.

Dana asing dijangka kembali ke pasaran Asia termasuk Malaysia - Rakuten Trade
Kenny Yee berkata, indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian PE sebanyak 15.5 kali.

Bursa Malaysia catat dagangan rendah pada sesi pembukaan pagi ini
Pada 9.18 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.82 mata kepada 1,448.37 daripada penutupan Selasa pada paras 1,454.19.

Bursa Malaysia dijangka alami aliran mendatar dengan cenderung positif minggu depan
Angka KDNK yang positif akan melonjakkan keyakinan pelabur dan meningkatkan harga saham.

Dagangan Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi pembukaan urus niaga
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.79 mata kepada 1,467.43 daripada 1,464.64 pada penutupan urus niaga Khamis.

Aktiviti buru saham murah rancakkan dagangan Bursa Malaysia pada sesi pembukaan
Pada 9.38 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.55 mata kepada 1,475.10 daripada 1,469.55 pada penutupan urus niaga Rabu.

Bursa Malaysia merosot berikutan kenaikan kadar faedah AS
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 peratus atau 6.81 mata kepada 1,476.36 daripada 1,483.17 semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.27 mata kepada 1,472.92 daripada 1,477.19 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian, sentimen serantau positif
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 6.79 mata kepada 1,496.59 daripada 1,489.80 ketika ditutup pada Isnin.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.88 mata kepada 1,493.06 daripada 1,491.18 pada Jumaat.